Apabila disebutkan tentang doa, apa yang kita bayangkan? Adakah sikap kita terhadap doa atau apa yang kita doakan? Sudah tentu, pelbagai jenis keadaan minda kita apabila menyebut tentang doa. Ada di antara kita yang sungguh-sungguh dalam berdoa. Ada juga yang tidak kisah akan doa. Sebagai contoh mudah, setelah selesai sahaja solat, adakah kita telah mengangkat kedua belah tangan ini dan meminta sesuatu dari Maha Pencipta kita? Atau setelah selesai solat, kita bangkit dan tinggalkan sejadah dibelakang.
Cerita tentang doa nampak simplistik, tetapi besar maknanya dalam kehidupan kita. Berdoa adalah satu bentuk perbuatan yang sangat aktif; menguatkan lagi atau menambahkan lagi keyakinan kita kepada yang Maha Pemberi. Ibarat komunikasi cinta dengan Maha Pemberi Cinta! Semakin banyak kita berkomunikasi dengan seseorang yang kita cintai, maka semakin intimlah perhubungan itu. Ingatlah bahawa, Allah swt akan perkenankan permintaan hambaNya dengan menyatakan dua janjiNya seperti di dalam surah Al-Mu'min ayat 60:
'Mohonlah doa kepadaKu nescaya Aku perkenankan' dan surah Al-Baqarah ayat 186; ' Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu'
Cepat @ Lambat?
Persoalan ini sering bermain di fikiran orang yang berdoa. Kadangkala timbul rasa putus asa dan akhirnya jarang berdoa. Ingatlah, Allah swt perkenankan doa pada waktu yang Dia mahukan dan bukan pada waktu kita mahukan. Yes! Kadangkala kita hilang rasa sabar dengan pertolongan dariNya atau kita mula rasa hilang kepercayaan dengan apa yang telah kita doakan. Adakah Allah swt lalai atau leka atau tidak tahu kedudukan kita yang sedang terhimpit ini? Sudah tentulah Allah swt tahu segala-galanya!
Ada kalanya doa yang dipinta seolah-olah lambat atau lewat muncul kerana mungkin ada sesuatu hikmah yang kita tidak tahu dan sedar. Ada kalanya cepat kerana ada mesej tersembunyi dariNya!
Berdoalah, dan bukakanlah hati dan fikiran kita agar kita mesra dengan doa. Doa juga adalah faktor yang menyebabkan takdir boleh berubah!
Renungilah sabda nabi Muhammad saw; 'Tida doa akan dimustajabkan tanpa adanya keraguan lagi; Doa orang musafir, doa orang yang dizalimi dan doa seorang bapa buat anaknya!
Doa seorang bapa kepada anak-anaknya ibarat doa nabi buat umatnya!
Ayuh! Letakkanlah! Gabungkanlah satu bentuk emosi yang khusus di dalam doa kita. Bukan lagi sekadar membaca doa tanpa ada 'rasa' di dalam perbuatan itu. Doa yang hebat seperti mana yang digarikan oleh nabi tadi sebenarnya adalah kerana wujudnya emosi khusus di dalam situasi itu!
Allah swt menyingkap apa yang kamu doakan kepadaNya jika Dia mahu! ~ Al-An'am:41
Wallahualam!
Kenali dan hubungkan semula kekuatan spiritual anda. Pecahkan semua belenggu masalah bagi meraih kebahagiaan dan kejayaan yang diimpikan. Semuanya bermula dengan hubungan yang erat dengan Tuhan!
Thursday, 22 August 2013
Wednesday, 21 August 2013
Urusan Rohani Bercampur Dengan EGO
Menurut cerita dia mempunyai 60 orang murid yang boleh berjalan diudara dengan berkatnya. Barshisha telah beribadat kepada Allah swt sehingga Malaikat berasa takjub dengan ibadatnya. Allah swt telah berfirman kepada Malaikat ” Kenapa kamu berasa takjub dengan ibadatnya, sedangkan Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya. Pada ilmuKu ia menjadi kafir dan akan masuk neraka selama-lamanya.
Pada ketika itu Iblis mendengar dan tahu bahawa Barshisha telah binasa di tangannya. Iblis telah datang ke tempat Barshisha beribadat dengan menyamar sebagai seorang Abid ( ahli ibadah ) dan memanggillnya. Barshisa : “Siapa engkau ? Dan apa tujuanmu datang kesini ?” Iblis berkata : ” Aku seorang Abid yang datang untuk menolongmu beribadat kepada Allah swt. Aku berbuat ibadat selama 3 hari berturut-turut tanpa tidur, tanpa makan dan minum.” Barshisha berasa pelik dan berkata : ” Aku beribadat selama dua ratus dua puluh tahun tanpa berdaya untuk meninggalkan tidur, makan dan minum. Apakah caranya supaya aku dapat berbuat seperti engkau?” Lalu iblis menjawab:” lakukanlah maksiat kepada Allah swt kemudian engkau bertaubat kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha pengampun sehinggalah engkau menikmati kemanisan melakukan ketaatan .” Barshisha bertanya :” Apakah maksiat yang engkau cadangkan supaya aku lakukan ?’ Iblis menjawab :” Berzina atau membunuh orang.” Barshisha berkata :” Aku tidak sanggup melakukannya.” iblis berkata : ” Engkau minum arak supaya lebih mudah untuk melakukannya.
Kisah ini selari dengan firman Allah swt di dalam surah Al Hasyar ayat 16;
Iblis berkata kepada manusia, jadilah kafir! Apabila manusia itu telah menjadi kafir, Iblis berkata; Sesungguhnya aku berlepas tangan darimu. Sesungguhya aku takut kepada Allah!
Ambillah iktibar dari kisah ini dengan tidak mencampuri urusan kehidupan rohani kita dengan EGO yang salah!
Semoga bermanfaat!
Wednesday, 7 August 2013
EGO Adalah Penghalang
Soalan yang paling sukar dan paling popular ditanya ialah, bagaimana untuk mencapai khusyuk di dalam solat? Dan juga ibadah-ibadah yang lain. Pernah suatu ketika dahulu, di sebuah surau, penceramah jemputan memberikan hujah-hujah yang sangat 'powerfull' mengenai tips untuk mendapat khusyuk terutamanya di dalam solat. Setelah selesai perkongsian tersebut, seorang pakcik tua bertanyakan soalan; Ustaz, sebenarnya macam mana nak mendapat khusyuk sebenarnya? Semua hadirin saling memandang dan ada yang menepuk dahi...Alahai, kan sudah diberitahu tadi! Situasi ini benar-benar melucukan hati saya...
Ya, memang benar. Khusyuk dalam solat amat sukar sebenarnya. Ia memerlukan proses yang lama dan konsisten. Ada pelbagai pandangan dan tips dari ustaz dan ulama. Antaranya ada yang menyatakan; untuk meraih khusyuk kita perlu;
i) Memerhatikan dan memahami apa yang dibaca di dalam solat
ii) Pastikan gerakan di dalam solat tidak terlalu pantas atau cepat. Tu'maninah amat penting utk meraih khusyuk
iii) Pastikan rukun solat di tepati dan tidak ditinggalkan
iv) Hafal maksud pada setiap bacaan
v) Mulakan dengan solat sunat dan selepas fardhu sebagai perisai kesempurnaan solat
atau ada yang meletakkan tips lain seperti ini;
1. Pusatkan Pikiran Hanya Kepada Allah SWT
2. Menyadari Bahwa Kita Sedang Menghadap Tuhan
3. Mempelajari dan Memahami Arti dan Makna Bacaan Solat
4. Menganggap Solat Yang Sedang Dilakukan adalah Solat Terakhir
5. Jika Pikiran Terganggu Segera Kembali Konsentrasi
6. Memperhatikan Kondisi Tubuh Sebelum Solat
7. Memperhatikan Kondisi Lingkungan Sebelum Shalat
8. Solat Tepat Waktu dan Tidak Terburu-Buru
9. Ikhlas Semata-Mata Untuk Mendapatkan Ridho Allah SWT
10. Berusaha Untuk Selalu Memperbaiki solat
Semua tips di atas adalah benar dan tiada keraguan sama sekali. Ia amat bermanfaat dan mampu dilakukan oleh semua manusia.
Namun, kadangkala, semua tips telah dilakukan dengan baik dan cuba disempurnakan. Malah, ada juga yang bertanya; Ustaz, bagaimana untuk kita fokus kepada Allah? Bagaimana cara untuk kita berhadapan dengan Allah? Kita tidak boleh bayangkan Allah dengan rupa bentuk yang tertenu. Jadi bagaimana? Kemudian, ada juga yang memberikan analogi seperti kita berdiri di hadapan raja. Bagaimana setiap langkah kita sewaktu kita diminta berhadapan dengan raja atau perdana menteri? Sudah tentu kita menjaga tatatertib kita bukan? ~ Kasihan orang-orang tua yang masih terkebil-kebil untuk cuba membayangkan, bagaimana untuk berhadapan dengan sang raja!
TUJUAN UTAMA SOLAT
Pertama sekali, mari kita renungkan semula, apa sebenarnya tujuan solat ini ya? Berdasarkan firman Allah di dalam surah Tahaa, ayat 14 yang bermaksud
Potongan ayat ini merupakan kisah nabi Musa as yang sedang menerima wahyu di lembah suci 'Thuwa'~ bermaksud lembah tempat nabi Musa mendengar firman Allah.
Rentetan dari peristiwa ini, ayat 14 menerangkan, Allah swt memperkenalkan diriNya kepada Musa as dengan berkata; SESUNGGUHNYA AKULAH ALLAH!...Bayangkan apa perasaan yang sedang di alami oleh nabi Musa pada saat ketikan pancaindera baginda sedang berhadapan dengan Tuhan Yang Maha Agung?! Bagaimana rasanya ya? Pasti gementar dan terasa kerdil diri ini saat ketika berhadapan dengan Tuhan Yang Maha Besar. Sejurusnya, Allah swt menyatakan dengan jelas selepas pengenalan dirinya dengan menyatakan; DIRIKANLAH SEMBAHYANG UNTUK MENGINGATIKU!
TUJUAN TERTINGGI KEHIDUPAN SEBAGAI HAMBA
Jika kita benar-benar hayati dan membaca serta membuat perbandingan di antara tafsir dan pandangan
di antara mereka yang mempelajari ilmu wahyu, kita akan dapati bahawa, di saat nabi Musa diseru supaya mendirikan solat, Allah swt meletakkan satu formula bagaimana untuk mendirikan solat yang betul. Perkara asas untuk benar-benar meraih khusyuk ialah mendalami ilmu mengenal Allah swt dengan sebenar-benarnya! Itulah kunci utama meraih khusyuk di dalam solat dan di dalam ibadah-ibadah yang lain. Tiada lain melainkan kita harus mengenaliNya terlebih dahulu.
Cuba kita tanyakan diri kita. Sejauh mana kita sudah mengenaliNya? Ingatlah bahawa, mengenali Allah swt bukanlah semata-mata kita tahu dan menyatakan dengan sinis; ya Dialah Allah! Apa lagi! Wait! Untuk mengenaliNya dengan sebenar-benarnya adalah dengan kita melalui ujian kehidupan yang tertentu! Bagaimana tu?
Setiap manusia pasti menjalani waktu kehidupan yang sama setiap hari dan waktu. Namun, berbeza pula cara atau penempuhan jalan kehidupan seharian. Benarkan? Kita hidup di atas muka bumi yang sama. Kita juga hirup udara yang sama. Waktu 24 jam turut sama! Tetapi, mengapa jalan kehidupan kita berlainan?
Jalan yang berlainan inilah yang sebenarnya kita harus perhatikan. Apakah kita sedia mendengar apa yang Tuhan ingin sampaikan kepada kita? Kita sering meletakkan EGO diri kita begitu tinggi sehinggakan kita tidak lagi melihat bahawa, Tuhan itu sering berkomunikasi dengan kita menerusi pembentangan isyarat-isyarat tertentu supaya kita lebih mengenaliNya! Tetapi EGO diri kita yang menghalangnya untuk diri kita sendiri mengenaliNya.
Apabila EGO sudahpun subur, kemudian kita tetap saja harus solat. Apa yang bakal terjadi? Kita mula merasakan solat itu mulai rasa kabur walaupun diri ini sudah lengkap dengan ilmu mengenai bagaimana untuk mendirikan solat sempurna. Tetapi diri ini masih terasa kosong!? Why?
KEHIDUPAN BERSAMA EGO
Rasa ke-AKU-an di dalam diri masih menebal dan masih menguasai. Rasa diri ini seperti hidup di dua alam dan sering berubah-ubah. Kita menjalani kehidupan ini dengan adanya keyakinan bahawa ada Tuhan tetapi kadangkala kita bekerja dan menjalani kehidupan ini seperti Tuhan! Nauzubillah! Inilah antara penyakit-penyakit hati yang menghalang diri kita untuk mengenaliNya!
EGO - Kehidupan ini jika dibangunkan dengan EGO, maka disaat kita hendak menghadapNya, jika EGO masih subur dan menguasai diri, maka disinilah punca kita mula merasakan kekosongan. EGO telah memisahkan 'kesegaran rohani' kita untuk terus berhubung (connect) dengan Tuhannya! Renungilah firman Allah swt di dalam surah al Maun, ayat 4-5
...celakalah keatas mereka yang bersolat, tetapi hatinya lalai daripada mengingati Allah swt..
Mengapa hati ini lalai? Disinilah persoalan yang masih banyak untuk kita terokai dan fahami. Mengapa kita dilalaikan? Adakah lalai hanya bermaksud kita tidak fokus atau kita leka mengingati urusan dunia di dalam solat? Maka disinilah titik hubung yang boleh menjelaskan bahawa EGO membawa kita ke arah untuk berpisah dengan Tuhan!
APA YANG KITA PERLU LAKUKAN SEKARANG?
Renungilah firman Allah swt tentang penciptaan manusia dan jin. Tujuan kita diciptakan adalah sebagai hamba yang harus beribadah kepadaNya ! Jadi, mengapa kita masih lalai dengan asal kejadian kita?
Apabila EGO telah disuburkan di dalam diri, maka kita sebenarnya telah menjadi tersasar dari asal kejadian kita sebagai hamba. Seorang hamba yang taat kepada Tuannya, hanyalah memerlukan kerendahan hati yang benar. Lihat sajalah kedudukan manusia yang merendahkan dirinya kepada Tuannya. Bukankah mereka akan dilayan dengan baik tanpa ada unsur keterpaksaan?
Begitulah di dalam solat yang kita sering dirikan. Untuk meraih kekusyukan yang benar, kita hanya memerlukan kerendahan hati (humility). Bagaimana keadaan hati kita yang bongkak dan riya', kemudian berhadapan dengan TuhanNya? Bukankah situasi ini akan membinasakan diri kita sendiri?
Maka, disinilah titik utama yang penting untuk kita sedari bahawa, apa yang kita perlukan sebenarnya di saat berhadapan dengan Tuhan adalah kerendahan hati. Timbulkan rasa rendah hati dengan cara kita berkata pada hati kita; Ya Allah, Aku adalah hambaMu, Aku benar-benar ingin mengingatiMu dan Aku adalah hambaMu yang lemah tidak berdaya. Sudilah kiranya Engkau menerima ibadahku ini.!!!
Afirmasikan perkataan yang melambangkan kerendahan hati kepada Allah agar perasaan rendah diri timbul di saat ingin mendirikan solat. Tidak mengapalah, walaupun kita tidak mampu menghafal atau mengingati bacaan di dalam solat, bacaan tidak betul dan sebagainya, timbulkan rasa rendah hati ini kepada Allah swt. Nescaya solat itu mampu menghampiri kepada kesempurnaan dan kekusyukan! Inilah kerja hati manusia. Ibadah yang benar adalah datang dari hati yang benar-benar direndahkan!
Bagaimana untuk meraih kerendahan hati? Buangkanlah EGO diri. Apa maksud EGO diri ini? Perhatikanlah;
i) Lupakanlah siapa dirimu yang sering dipuja manusia
ii) Lupakanlah semua jawatanmu di dunia ini
iii) Tanggalkanlah semua nama-nama pujian yang diberikan manusia kepadamu
iv) Cairkanlah harta-harta yang kita ada di dalam simpanan dan dirasakan berada di dalam kawalan kita
v) Lucutkanlah pakaian pangkat-pangkat dunia
vi) Lupakanlah sebentar pekerjaan yang sering membuatkan diri ini begitu obses dengan dunia
viii) Lupakanlah harta, kereta dsbnya yang kita miliki
ix) Lupakanlah apa yang ada pada diri kita dan apa yang kita telah lakukan (reputasi di dunia)
Kata kuncinya ialah lupakan dan lucutkanlah sebagaimana tuntutan pakaian ihram kepada tetamu Allah
di tanah haram!
Wallahualam! Kerendahan hati itulah yang kita perlukan disaat berhadpan dengan Sang Maha Pencipta!
Ya, memang benar. Khusyuk dalam solat amat sukar sebenarnya. Ia memerlukan proses yang lama dan konsisten. Ada pelbagai pandangan dan tips dari ustaz dan ulama. Antaranya ada yang menyatakan; untuk meraih khusyuk kita perlu;
i) Memerhatikan dan memahami apa yang dibaca di dalam solat
ii) Pastikan gerakan di dalam solat tidak terlalu pantas atau cepat. Tu'maninah amat penting utk meraih khusyuk
iii) Pastikan rukun solat di tepati dan tidak ditinggalkan
iv) Hafal maksud pada setiap bacaan
v) Mulakan dengan solat sunat dan selepas fardhu sebagai perisai kesempurnaan solat
atau ada yang meletakkan tips lain seperti ini;
1. Pusatkan Pikiran Hanya Kepada Allah SWT
2. Menyadari Bahwa Kita Sedang Menghadap Tuhan
3. Mempelajari dan Memahami Arti dan Makna Bacaan Solat
4. Menganggap Solat Yang Sedang Dilakukan adalah Solat Terakhir
5. Jika Pikiran Terganggu Segera Kembali Konsentrasi
6. Memperhatikan Kondisi Tubuh Sebelum Solat
7. Memperhatikan Kondisi Lingkungan Sebelum Shalat
8. Solat Tepat Waktu dan Tidak Terburu-Buru
9. Ikhlas Semata-Mata Untuk Mendapatkan Ridho Allah SWT
10. Berusaha Untuk Selalu Memperbaiki solat
Semua tips di atas adalah benar dan tiada keraguan sama sekali. Ia amat bermanfaat dan mampu dilakukan oleh semua manusia.
Namun, kadangkala, semua tips telah dilakukan dengan baik dan cuba disempurnakan. Malah, ada juga yang bertanya; Ustaz, bagaimana untuk kita fokus kepada Allah? Bagaimana cara untuk kita berhadapan dengan Allah? Kita tidak boleh bayangkan Allah dengan rupa bentuk yang tertenu. Jadi bagaimana? Kemudian, ada juga yang memberikan analogi seperti kita berdiri di hadapan raja. Bagaimana setiap langkah kita sewaktu kita diminta berhadapan dengan raja atau perdana menteri? Sudah tentu kita menjaga tatatertib kita bukan? ~ Kasihan orang-orang tua yang masih terkebil-kebil untuk cuba membayangkan, bagaimana untuk berhadapan dengan sang raja!
TUJUAN UTAMA SOLAT
Pertama sekali, mari kita renungkan semula, apa sebenarnya tujuan solat ini ya? Berdasarkan firman Allah di dalam surah Tahaa, ayat 14 yang bermaksud
"Sesungguhnya Akulah
Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah
sembahyang untuk mengingati daku.
Potongan ayat ini merupakan kisah nabi Musa as yang sedang menerima wahyu di lembah suci 'Thuwa'~ bermaksud lembah tempat nabi Musa mendengar firman Allah.
Rentetan dari peristiwa ini, ayat 14 menerangkan, Allah swt memperkenalkan diriNya kepada Musa as dengan berkata; SESUNGGUHNYA AKULAH ALLAH!...Bayangkan apa perasaan yang sedang di alami oleh nabi Musa pada saat ketikan pancaindera baginda sedang berhadapan dengan Tuhan Yang Maha Agung?! Bagaimana rasanya ya? Pasti gementar dan terasa kerdil diri ini saat ketika berhadapan dengan Tuhan Yang Maha Besar. Sejurusnya, Allah swt menyatakan dengan jelas selepas pengenalan dirinya dengan menyatakan; DIRIKANLAH SEMBAHYANG UNTUK MENGINGATIKU!
TUJUAN TERTINGGI KEHIDUPAN SEBAGAI HAMBA
Jika kita benar-benar hayati dan membaca serta membuat perbandingan di antara tafsir dan pandangan
di antara mereka yang mempelajari ilmu wahyu, kita akan dapati bahawa, di saat nabi Musa diseru supaya mendirikan solat, Allah swt meletakkan satu formula bagaimana untuk mendirikan solat yang betul. Perkara asas untuk benar-benar meraih khusyuk ialah mendalami ilmu mengenal Allah swt dengan sebenar-benarnya! Itulah kunci utama meraih khusyuk di dalam solat dan di dalam ibadah-ibadah yang lain. Tiada lain melainkan kita harus mengenaliNya terlebih dahulu.
Cuba kita tanyakan diri kita. Sejauh mana kita sudah mengenaliNya? Ingatlah bahawa, mengenali Allah swt bukanlah semata-mata kita tahu dan menyatakan dengan sinis; ya Dialah Allah! Apa lagi! Wait! Untuk mengenaliNya dengan sebenar-benarnya adalah dengan kita melalui ujian kehidupan yang tertentu! Bagaimana tu?
Setiap manusia pasti menjalani waktu kehidupan yang sama setiap hari dan waktu. Namun, berbeza pula cara atau penempuhan jalan kehidupan seharian. Benarkan? Kita hidup di atas muka bumi yang sama. Kita juga hirup udara yang sama. Waktu 24 jam turut sama! Tetapi, mengapa jalan kehidupan kita berlainan?
Jalan yang berlainan inilah yang sebenarnya kita harus perhatikan. Apakah kita sedia mendengar apa yang Tuhan ingin sampaikan kepada kita? Kita sering meletakkan EGO diri kita begitu tinggi sehinggakan kita tidak lagi melihat bahawa, Tuhan itu sering berkomunikasi dengan kita menerusi pembentangan isyarat-isyarat tertentu supaya kita lebih mengenaliNya! Tetapi EGO diri kita yang menghalangnya untuk diri kita sendiri mengenaliNya.
Apabila EGO sudahpun subur, kemudian kita tetap saja harus solat. Apa yang bakal terjadi? Kita mula merasakan solat itu mulai rasa kabur walaupun diri ini sudah lengkap dengan ilmu mengenai bagaimana untuk mendirikan solat sempurna. Tetapi diri ini masih terasa kosong!? Why?
KEHIDUPAN BERSAMA EGO
Rasa ke-AKU-an di dalam diri masih menebal dan masih menguasai. Rasa diri ini seperti hidup di dua alam dan sering berubah-ubah. Kita menjalani kehidupan ini dengan adanya keyakinan bahawa ada Tuhan tetapi kadangkala kita bekerja dan menjalani kehidupan ini seperti Tuhan! Nauzubillah! Inilah antara penyakit-penyakit hati yang menghalang diri kita untuk mengenaliNya!EGO - Kehidupan ini jika dibangunkan dengan EGO, maka disaat kita hendak menghadapNya, jika EGO masih subur dan menguasai diri, maka disinilah punca kita mula merasakan kekosongan. EGO telah memisahkan 'kesegaran rohani' kita untuk terus berhubung (connect) dengan Tuhannya! Renungilah firman Allah swt di dalam surah al Maun, ayat 4-5
...celakalah keatas mereka yang bersolat, tetapi hatinya lalai daripada mengingati Allah swt..
Mengapa hati ini lalai? Disinilah persoalan yang masih banyak untuk kita terokai dan fahami. Mengapa kita dilalaikan? Adakah lalai hanya bermaksud kita tidak fokus atau kita leka mengingati urusan dunia di dalam solat? Maka disinilah titik hubung yang boleh menjelaskan bahawa EGO membawa kita ke arah untuk berpisah dengan Tuhan!
APA YANG KITA PERLU LAKUKAN SEKARANG?
Renungilah firman Allah swt tentang penciptaan manusia dan jin. Tujuan kita diciptakan adalah sebagai hamba yang harus beribadah kepadaNya ! Jadi, mengapa kita masih lalai dengan asal kejadian kita?
Apabila EGO telah disuburkan di dalam diri, maka kita sebenarnya telah menjadi tersasar dari asal kejadian kita sebagai hamba. Seorang hamba yang taat kepada Tuannya, hanyalah memerlukan kerendahan hati yang benar. Lihat sajalah kedudukan manusia yang merendahkan dirinya kepada Tuannya. Bukankah mereka akan dilayan dengan baik tanpa ada unsur keterpaksaan?
Begitulah di dalam solat yang kita sering dirikan. Untuk meraih kekusyukan yang benar, kita hanya memerlukan kerendahan hati (humility). Bagaimana keadaan hati kita yang bongkak dan riya', kemudian berhadapan dengan TuhanNya? Bukankah situasi ini akan membinasakan diri kita sendiri?
Maka, disinilah titik utama yang penting untuk kita sedari bahawa, apa yang kita perlukan sebenarnya di saat berhadapan dengan Tuhan adalah kerendahan hati. Timbulkan rasa rendah hati dengan cara kita berkata pada hati kita; Ya Allah, Aku adalah hambaMu, Aku benar-benar ingin mengingatiMu dan Aku adalah hambaMu yang lemah tidak berdaya. Sudilah kiranya Engkau menerima ibadahku ini.!!!
Afirmasikan perkataan yang melambangkan kerendahan hati kepada Allah agar perasaan rendah diri timbul di saat ingin mendirikan solat. Tidak mengapalah, walaupun kita tidak mampu menghafal atau mengingati bacaan di dalam solat, bacaan tidak betul dan sebagainya, timbulkan rasa rendah hati ini kepada Allah swt. Nescaya solat itu mampu menghampiri kepada kesempurnaan dan kekusyukan! Inilah kerja hati manusia. Ibadah yang benar adalah datang dari hati yang benar-benar direndahkan!
Bagaimana untuk meraih kerendahan hati? Buangkanlah EGO diri. Apa maksud EGO diri ini? Perhatikanlah;
i) Lupakanlah siapa dirimu yang sering dipuja manusia
ii) Lupakanlah semua jawatanmu di dunia ini
iii) Tanggalkanlah semua nama-nama pujian yang diberikan manusia kepadamu
iv) Cairkanlah harta-harta yang kita ada di dalam simpanan dan dirasakan berada di dalam kawalan kita
v) Lucutkanlah pakaian pangkat-pangkat dunia
viii) Lupakanlah harta, kereta dsbnya yang kita miliki
ix) Lupakanlah apa yang ada pada diri kita dan apa yang kita telah lakukan (reputasi di dunia)
Kata kuncinya ialah lupakan dan lucutkanlah sebagaimana tuntutan pakaian ihram kepada tetamu Allah
di tanah haram!
Wallahualam! Kerendahan hati itulah yang kita perlukan disaat berhadpan dengan Sang Maha Pencipta!
Sunday, 4 August 2013
Kesibukan Penyebab Utama Manusia Hilang Arah (3)
Silence atau kejernihan hati memerlukan kepada satu set latihan diri yang ketat. Mengapa ianya harus begitu? Hal ini adalah kerana, kita sedang berhadapan dengan 'kegilaan' nafsu diri yang amat liar dan sangat berpengaruh. Inilah sumber kelemahan manusia yang sebenar. Suatu tamadun yang megah dan maju boleh menjadi hancur jika nafsu syahawat manusia tidak dikawal sepenuhnya.
Bagaimana untuk melatih nafsu agar fokus hati dan minda mampu dioptimumkan potensinya? Terdapat satu peristiwa yang pernah dikhabarkan bahawa seorang sahabat kepada nabi Muhammad saw bertanya kepada baginda; 'Wahai Rasulullah, si anu suka solat malam. Tetapi, ketika subuh tiba, dia suka mencuri. Baginda menjawab; 'Nanti, solat malamnya akan menghentikan kebiasaannya!' (Qutul Qulub Jilid 1-m/s 161).Solat malam akan menghentikan perbuatan jahat seseorang? Bukankah hal ini sangat hebat dan luar biasa? Bagaimana hal ini boleh terjadi?
Inilah proses kejernihan hati yang sangat luar biasa mampu mempengaruhi psikologi dan karakter manusia. Apabila agama dan kehidupan disatukan, maka karakter tertentu mampu dibentuk dengan baik. Hal ini ada disebutkan di dalam Al-Quran, surah Al Ankabut, ayat 45 yang membawa maksud; ’Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar’....Perbuatan keji dan mungkar adalah satu refleksi diri atau karakter manusia yang tidak tenang jiwanya. Begitu juga dengan kondisi hati dan fikirannya yang sangat bercelaru dan penuh dengan negativiti. Solat pula adalah set latihan bagi meraih kekayaan spiritual secara total. Namun, jika ibadah solat mampu didirikan dengan baik dan sempurna, kecelaruan dan kekeringan spiritual mampu dibasahi dan dibentuk dengan mudah!
Pokok pangkalnya, kita harus jalani satu set latihan yang amat ketat demi meraih ketenangan dan kejernihan hati tadi!
Renungkanlah hadith nabi; Hendaklah kalian selalu bangun malam. Kerana ia dapat menarik redha Tuhan kalian, menghapuskan dosa, tradisi orang soleh sebelum kalian, dapat mencegah dosa, memutuskan jerat syaitan dan menghilangkan penyakit dari tubuh!Adakah kita sibuk dengan solat malam? atau bagaimana?
Saturday, 3 August 2013
Kesibukan Penyebab Utama Manusia Hilang Arah (2)
Saya sibuklah!....
Eh, tak nampak ke orang tengah sibuk ni?!...
Tak faham ke aku tengah sibuk ni?!!....
Saya terlalu sibuk. Sampai tak sempat nak ke surau!
Sibuk sangatlah...Nak ambil pegang Al-Quran pun tak ada kesempatan....
Kerja di pejabat terlalu banyak sehingga dibawa ke rumah..tak sempat nak tengok anak-anak!!!
Akhirnya...nafas kita ditarik di saat kita sedang sibuk!!!! Sibuk apa ya?!!??
Sibuk..Memang perkataan yang sangat dekat dengan kita. Kadangkala, perkataan sibuk digunakan sebagai perisai untuk lari dari satu keadaan, seseorang dan pelbagai lagi. Inilah makna sibuk dalam kehidupan seharian kita. Disibukkan oleh sesuatu, lalu, kita terlupa dan mungkin lalai dari perkara yang lebih utama dan lebih besar untuk kita sibukkan.
KENALI APA ITU KESIBUKAN
Subhanallah, di dalam surah Yassin, ayat ke 55 ada menyebutkan tentang kesibukan. Namun, kesibukan ini amatlah berbeza sekali fokusnya. Mari kita selidiki sedikit potongan ayat ini yang bermaksud;
Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu dalam kesibukan lagi sangat senang. Mereka bersama pasangan mereka berada dalam tempat yang teduh, Buat mereka disana ada buah-buahan dan buat mereka juga apa yang mereka minta...
Bezakan kesibukan di syurga dengan kesibukan di dunia? Ya! Sangat berbeza sama sekali. Kesibukan di syurga adalah kesibukan yang tiada penat lelah berbanding di dunia sehinggakan kita semakin sibuk semakin jauh dari tuhan. Antara faktor utama mengapa kita semakin hilang arah? Ini adalah kerana keletihan yang menguasai diri akibat dari kesibukan yang tidak dirancang dengan sempurna.
Menurut tafsir Al-Mishbah, perkataan 'syughul' diambil dari kata 'syaghala' yang pada mulanya bermaksud sesuatu yang menjadikan seseorang sibuk sehingga melalaikan dari aktiviti yang lain. Ibnu Abbas pula menerangkan bahawa, kesibukan penduduk syurga begitu dahsyat sekali sehingga membuatkan mereka terlupa dan lalai dari segala penderitaan yang sedang ditanggung oleh penduduk neraka!
Wow! Sangat dahsyat kesibukan penduduk syurga ini ya! Sehingga fokus mereka tidak lagi kepada aktiviti dan bentuk pemikiran yang lain.
Kembali kita di dunia ini. Apakah kesibukan kita sehingga membuatkan fokus kita lari dan lalai dari segala bentuk kenikmatan di syurga itu?
Marilah kita belajar untuk mula melepaskan atau let 'it' go for a while akan ketegangan dan kesibukan yang sebenarnya tidaklah sibuk pun. Mari kita belajar untuk meraih 'silence' agar kita mampu meletakkan semula fokus minda dan hati kita untuk melihat, apakah kesibukan yang sihat sehingga mampu membawa kita ke zon silence atau ketenangan hati tadi.
Mari kita belajar bersama-sama!
(bersambung)
Eh, tak nampak ke orang tengah sibuk ni?!...
Tak faham ke aku tengah sibuk ni?!!....
Saya terlalu sibuk. Sampai tak sempat nak ke surau!
Sibuk sangatlah...Nak ambil pegang Al-Quran pun tak ada kesempatan....
Kerja di pejabat terlalu banyak sehingga dibawa ke rumah..tak sempat nak tengok anak-anak!!!
Akhirnya...nafas kita ditarik di saat kita sedang sibuk!!!! Sibuk apa ya?!!??
Sibuk..Memang perkataan yang sangat dekat dengan kita. Kadangkala, perkataan sibuk digunakan sebagai perisai untuk lari dari satu keadaan, seseorang dan pelbagai lagi. Inilah makna sibuk dalam kehidupan seharian kita. Disibukkan oleh sesuatu, lalu, kita terlupa dan mungkin lalai dari perkara yang lebih utama dan lebih besar untuk kita sibukkan.
KENALI APA ITU KESIBUKAN
Subhanallah, di dalam surah Yassin, ayat ke 55 ada menyebutkan tentang kesibukan. Namun, kesibukan ini amatlah berbeza sekali fokusnya. Mari kita selidiki sedikit potongan ayat ini yang bermaksud;Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu dalam kesibukan lagi sangat senang. Mereka bersama pasangan mereka berada dalam tempat yang teduh, Buat mereka disana ada buah-buahan dan buat mereka juga apa yang mereka minta...
Bezakan kesibukan di syurga dengan kesibukan di dunia? Ya! Sangat berbeza sama sekali. Kesibukan di syurga adalah kesibukan yang tiada penat lelah berbanding di dunia sehinggakan kita semakin sibuk semakin jauh dari tuhan. Antara faktor utama mengapa kita semakin hilang arah? Ini adalah kerana keletihan yang menguasai diri akibat dari kesibukan yang tidak dirancang dengan sempurna.
Menurut tafsir Al-Mishbah, perkataan 'syughul' diambil dari kata 'syaghala' yang pada mulanya bermaksud sesuatu yang menjadikan seseorang sibuk sehingga melalaikan dari aktiviti yang lain. Ibnu Abbas pula menerangkan bahawa, kesibukan penduduk syurga begitu dahsyat sekali sehingga membuatkan mereka terlupa dan lalai dari segala penderitaan yang sedang ditanggung oleh penduduk neraka!
Wow! Sangat dahsyat kesibukan penduduk syurga ini ya! Sehingga fokus mereka tidak lagi kepada aktiviti dan bentuk pemikiran yang lain.
Kembali kita di dunia ini. Apakah kesibukan kita sehingga membuatkan fokus kita lari dan lalai dari segala bentuk kenikmatan di syurga itu?
Marilah kita belajar untuk mula melepaskan atau let 'it' go for a while akan ketegangan dan kesibukan yang sebenarnya tidaklah sibuk pun. Mari kita belajar untuk meraih 'silence' agar kita mampu meletakkan semula fokus minda dan hati kita untuk melihat, apakah kesibukan yang sihat sehingga mampu membawa kita ke zon silence atau ketenangan hati tadi.
Mari kita belajar bersama-sama!
(bersambung)
Kesibukan Penyebab Utama Manusia Hilang Arah (1)
Pernahkah kita merasai pengalaman kehidupan dalam satu hari itu, seolah-olah kehidupan yang dilalui mula hilang arah dan kadangkala tidak menentu. Apa yang sudah dirancang, sudah dibayangkan malah sudah ditulis, kadangkala menjadi kabur dan tidak mampu untuk dilaksanakan dengan sempurna. Apakah yang sedang berlaku kepada kita sebenarnya? Anda pernah alaminya? :)
Prinsip asas fungsi minda kita adalah 'kita adalah apa yang kita fokuskan'. Ya, prinsip ini sudahpun diketahui dan difahami ramai orang. Namun, kita masih lagi tertinggal satu bentuk informasi lain yang boleh membantu kita untuk tangani situasi di atas tadi.
Apabila kita mengalami situasi di atas, kita hanya perlukan 'silence' @ ketenangan hati. Ada apa ya dengan silence ini? Cara mudah untuk kita mengetahui samada kita mengecapi silence ini atau tidak ialah;
i) Mudah menyerah kalah atau mudah berputus asa
ii) Mengalami situasi yang dinamakan depresi yang amat tinggi dan kadangkala tidak mampu dikawal
iii) Kehilangan semangat untuk meneruskan agenda kehidupan
iv) Diri ini senantiasa dikuasai dengan energi yang negatif seperti marah, dendam, kebencian dsb.
v) Sentiasa melihat diri ini menjadi mangsa kepada seseorang dan keadaan
vi) Sabotaj diri sendiri
vii) Kehilangan kekuatan untuk melakukan ibadah dan terasa berat mengangkat kedua tangan utk
berdoa
viii) Hilang kepercayaan kepada Tuhan dan manusia
ix) Hati dan minda sentiasa mudah berubah-ubah fokusnya dan produktiviti harian semakin kurang
x) Sentiasa terbelenggu dengan kisah lampau - Kesakitan masa lampau dan ketakutan di masa depan
Bagaimana dengan kita pada hari ini? Adakah kita sedang mengalami salah satu tanda-tanda di atas? Atau bagaimana?
Persoalannya, jika ia berlaku kepada diri kita secara dalaman dan luaran, apa yang harus kita lakukan?
Mari kita renungkan firman Allah swt di dalam surah Ar Ra'ad ayat 11 yang bermaksud;
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya"
Subhanallah, memang benar sekali peringatan ini! Tidak ada orang lain atau benda lain di dunia ini mampu mempengaruhi dalaman kita melainkan kita sendiri yang mampu membentuk, menyentuh dan meredakannya. Kitalah yang mampu melakukan perubahan itu! Dan, perubahan ini memerlukan kekuatan yang spesifik! Benarkan?
Bukan mudah untuk melakukan sesuatu perubahan! Ya! Ada yang bersetuju dengan pernyataan ini.
Ops, nanti dulu! Jika kita sudah mengatakan sedemikian, maka sebenarnya kita sedang berperang dengan minda kita sendiri. Inilah langkah pertama sekali yang harus kita lakukan iaitu, melawan fikiran negatif atau hapuskan mitos-mitos diri yang menghambat atau mengikat kita untuk bebas dari belenggu. Inilah kekuatan yang kita perlukan untuk melakukan perubahan yang kecil atau besar! Bak kata Steven R. Covey; Jika anda inginkan perubahan yang kecil, lakukanlah perubahan pada luaran anda. Jika anda inginkan perubahan yang besar dan hebat, ubahlah cara anda berfikir!
BERHENTI & DUDUK SEJENAK UNTUK MERAIH SILENCE
Otak manusia berfikir lebih dari 60,000 kali sehari. Dan ia mudah berubah-ubah fokusnya. Disinilah titik pertama kita harus kuasai itu mengawal skema perubahan pemikiran. Berdasarkan kajian, sebanyak 80% dari 60 ribu tadi, manusia cenderung untuk berfikir negatif! Bukankah hal ini satu bentuk kerugian yang besar di dalam hidup kita?Kita harus sedar, pemikiran akan membentuk polar emosi. Dan polar ini mudah ditukar kepada tindakan tertentu berdasarkan polar pemikiran dan emosi kita. Ingatlah kata ini; Kita adalah apa yang kita fikir dan rasa!...Sekarang, mari kita belajar untuk menguasai polar fikir dan perasaan kita dahulu supaya mampu meraih silence atau ketenangan hati agar kita mampu menjadi manusia yang produktif!
(bersambung)
Friday, 5 July 2013
Realiti Kesempurnaan Qalb
Manusia hari ini sudah faham, malah menguasai pelbagai jenis formula untuk
mencapai puncak tertinggi dalam kehidupan mereka. Ada di antara mereka telah memperolehi
puncak kejayaan atau sukses dalam perniagaan, akademik dan sebagainya. Semuanya
itu mampu di rasakan satu kepuasan dan kebahagiaan yang hakiki. Adakah semua
itu merupakan kejayaan atau puncak yang positif dan hakiki?
Mari kita tanya
pada diri kita. Cuba kita bayangkan, saat kita mendapat markah tertinggi di
dalam kelas semasa kita di bangku sekolah dahulu. Sepanjang tahun
mendapat nombor satu dalam setiap periksaan dan cemerlang. Berapa lamakah rasa
gembira, puas dan sebagainya yang kita rasai di dalam qalb itu bertahan?
Adakah ianya masih terasa sehingga kini? Bayangkan pula saat ketika berada di
universiti. Anda dianugerahkan pelbagai jenis pingat dan kebesaran atas pencapaian akademik anda.
Adakah sehingga hari ini anda mampu menyimpan dan merasakannya semula? Adakah
mampu dirasakan sehingga ke saat ini? Kini, anda bekerja. Selama anda bekerja,
anda sering di anugerahkan pula sijil-sijil penghargaan, pekerja yang
berdisiplin, tokoh cemerlang tahunan dan sebagainya. Adakah anda masih
merasakannya sehingga ke hari ini? Saya pasti anda akan menjawab tidak. Malah,
ia bersifat sementara sahaja dan bukan segala-galanya (hakiki). Namun yang
demikian, apakah yang bersifat hakiki? Yang mampu dirasakan sehingga ke akhir
hayat manusia?
Puncak
kesempurnaan akal adalah dengan terpenuhnya akal itu dengan ilmu. Puncak
kesempurnaan fizikal pula adalah tidak ada kelemahan serta kecacatan di dalam
setiap bentuknya, emosi pula mampu mengawal dan menggunakannya pada tempat dan
situasi yang betul dan adil. Roh manusia pula, ialah kembali kepada yang
menciptakan Roh itu sendiri. Inilah puncak kepada keseluruhan aspek yang ada
pada manusia.
Al-Quran
menjelaskan bahawa, kesempurnaan hakiki bagi manusia yang mampu dirasai pada qalb
mereka ialah dekatnya ia pada sumber Maha Pencipta. Semakin ia dekat, maka
semakin tinggi gelombang inteferens yang mampu dirasakan oleh qalb.
Semakin dekat penghantar iaitu tangan, mata, kaki dan seluruh fungsi tubuh
badan ini mampu membawa qalb ini ke puncak inteferen, maka semakin
kuatlah getarannya, sekaligus mampu merasakan selalu berdamping dengan
rahmatNya serta neniliki kemampuan melakukan sebahagian pekerjaanNya dengan
seizinya. Hal ini ada dijelaskan di dalam hadith Qudsi (Muhammad bin Ya’qub
Kulaini, Ushul al Ka’fi, jil.2, hal 352) yang bermaksud:
Tidak seorang pun dari hambaKu yang mendekatkan diri padaKu dengan sesuatu
yang lebih Aku cintai dari yang telah diwajibkan kepadanya, kemudian dia
mendekatiKu dengan hal-hal yang sunat; tidak seorang pun di antara mereka yang
tidak Aku cintai. Di saat Aku mencintainya, Aku akan menjadi telinga yang
digunakannya untuk mendengar, menjadi mata yang padanya digunakan untuk
melihat, menjadi mulut yang digunakannya untuk berbicara dan menjadi tangan yang
digunakannya untuk melakukan sesuatu.
Inilah bukti akan perbezaan di antara
puncak kesempurnaan yang diterjemahkan oleh antropologi Barat dengan Al-Quran (LAMPIRAN
7). Pada kondisi ini, Qalb Quotient manusia yang jelas arah puncak kesempurnaannya,
akan berada pada tahap yang amat tinggi dan amat tinggi nilainya. Namun yang
demikian, tahap kecerdasan ini tidak mampu di ukur dengan mesin atau apa-apa
sahaja alat pengukur elektronik di muka bumi ini melainkan sumber yang
memberikan kecerdasan itu sendiri yang mampu mengukurnya.
dan bacakanlah (Wahai Muhammad) kepada
mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) Yang berlaku
Dengan sebenarnya, Iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan
korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). lalu diterima korban salah
seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari Yang lain
(Qabil). berkata (Qabil):" Sesungguhnya Aku akan membunuhmu!".
(Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang
Yang bertaqwa;
Al Maidah 27
Model Maslow-PIES
Jika kita lihat
semula di dalam hirarki Maslow, kita
sudah fahami bahawa, untuk mendapatkan kesempurnaan diri, haruslah seseorang
itu mencukupkan atau memenuhi setiap keperluan yang ada pada setiap peringkat.
Peringkat asas atau peringkat pertama yang harus dipenuhi terlebih dahulu ialah
keperluan fisiologikal manusia yang asas seperti makanan, minuman, pakaian dan
seumpamanya. Apabila keperluan ini telah dipenuhi, maka, manusia akan beralih
ke peringkat seterusnya iaitu mula memikirkan tentang keperluan tentang
keselamatan hinggalah ke puncak yang paling tinggi.
Seperti yang
telah dibincangkan di dalam buku TRANSFORMASI PIES, telah disebutkan bahawa,
tidak ramai manusia di muka bumi ini mampu memenuhkan keperluan mengikut tahap.
Persoalan yang timbul; adakah manusia tidak mampu menemukan kesempurnaan
dirinya jika mereka tidak mampu memenuhi keperluannya pada setiap peringkat?
Adakah mereka tidak boleh mempunyai sifat inovasi? Bakat? Pengembangan
sifat-sifat murni mereka?
Pengalaman saya
semasa berada di sebuah kampung penduduk orang-orang Asli di luar bandar,
kehidupan mereka amat jauh berbeza dari kehidupan orang-orang di bandar.
Kehidupan mereka dikelilingi hutan yang hijau dan tebal. Ini lah perbezaan yang
ada pada mereka dengan orang-orang di bandar. Mereka hanya bergantung kepada
hasil pertanian yang diusahakan di kawasan kediaman sekitar mereka. Apabila
perlu, mereka hanya perlu petik dan terus memasaknya! Mudahnya kehidupan
mereka. Bagaimana orang-orang di bandar? Tentu harus ke pasar dan kemudian baru
boleh memulakan kerja-kerja memasak!
Teori Piramid
Maslow
Sehubungan
dengan pengalaman selama hampir lima hari bersama dengan masyarakat di situ, saya
banyak melakukan pemerhatian tentang corak kehidupan mereka di sana. Jika kita
melihat cara hidup mereka dengan kita sudah tentu jauh berbeza. Tetapi yang
menarik perhatian saya ialah, mereka mempunyai ciri-ciri seperti di bawah:
1) Kreatif dalam
membentuk dan membina pola penempatan.
2) Mempunyai daya inovasi
dan sering mencipta alat-alat mengikut keperluan.
3) Sering
bantu-membantu sesama jiran mereka.
4) Mempunyai sifat
rendah diri dan tidak sombong sesama mereka.
5) Prihatin dan
sering memberi kasih sayang di antara jiran, anak-anak jiran dan keseluruhan
kampung.
6) Boleh menerima
dan menterjemahkan nilai kebaikan dalam kehidupan mereka serta menentang
perkara yang merosakkan dan zalim.
Apa yang
mengagumkan saya ialah, mereka (masyarakat orang Asli) dapat menerima dan
menghidupkan cara hidup Islam dengan baik. Inilah yang membuatkan saya berasa
kagum. Bagaimana mungkin, manusia yang hidup di dalam hutan selama bertahun-tahun,
generasi demi generasi, dengan tidak mempunyai pendedahan yang tinggi dengan
dunia luar, mampu menerima nilai (values) yang baik dalam kehidupan
bermasyarakat di tempat mereka. Malah mereka mampu menampilkan satu
kesempurnaan diri dengan adanya sifat-sifat yang dikategorikan oleh Maslow
dalam peringkat tertinggi iaitu Self Actualization? Bukankah mereka ini
dari segi keperluan asas itu tidak mencukupi dan sering kurang berbanding
mereka yang hidup di bandar?
Inilah perkara
yang harus kita jelas dalam kefahaman dan keyakinan kita bahawa, tidak
semestinya manusia itu harus mendapatkan kepuasan dan memenuhi segala yang ada
pada peringkat fizikal, tetapi lihatlah kemuncak pada peringkat non-fizikal
yang terkandung di dalam diri kita. Kaki, tangan, telinga, mata, rumah, kereta,
harta dan seluruh yang ada pada peringkat fizikal ini hanyalah sekadar
penghantar kepada kesempurnaan diri.
Puncak
kesempurnaan (self actualization) bukanlah puncak yang paling teratas
selepas puncak fisiologikal, keselamatan dan sebagainya menurut Maslow, tetapi
kesemua ciri yang bermula dari bawah itu adalah penghantar utama manusia menuju
kepada kesempurnaan dirinya yang mampu dicapai dengan kaedah selarikan kesempurnaan
diri.
Jika manusia mengikuti cara fikir model Maslow, maka, tidak kira apa sahaja
cara dan gaya untuk mendapatkan keperluan fisiologikal itu dikira atas alasan
proses mendapatkan kesempurnaan diri pada puncak. Bukankah manusia seperti ini
akan merasa kesal dan tidak tenang jiwanya di kemudian hari walaupun hidup
mewah dengan harta atau duit dari usaha mencuri? Adakah itu dinamakan
kesempurnaan diri pada puncak? Manusia mendapatkan keselamatan, pujian tetapi
dengan cara sogokan, rasuah dan sebagainya. Adakah manusia itu akan kekal
tenang dalam kehidupannya?
Model Maslow PIES telah saya rangkakan di sempurnakan penjelasannya dengan
meletakkan nilai, untuk apa kita mendapatkan dan memenuhkan keperluan
fisiologikal kita? Untuk apa kita mendapatkan keperluan
keselamatan diri dan keluarga? Untuk apa kita berusaha siang dan malam bagi
meraih sokongan manusia? Dan untuk siapa kita melakukannya? Adakah kerana untuk
memuaskan apa yang manusia rasakan kosong di dalam qalbnya? Jiwanya?
Dirinya?
Sesungguhnya, manusia akan mencapai kesempurnaan dirinya yang sebenar
dengan meletakkan semua usahanya, perilakunya, seluruh hidupnya hanya kepada
Yang Satu, Yang Memberikan manusia makan dan minum, Yang Memberikan manusia itu
perlindungan, Yang Maha Memberikan semuanya kepada semua iaitu kepada Tuhan,
iaitu Allah s.w.t
Model Maslow-PIES
Subscribe to:
Posts (Atom)





