Sambil saya mencari-cari barang keperluan, saya didatangi oleh seorang yang berpakaian baju Melayu, berkopiah putih dan beg yang digalas menyilang badannya.
Assalammualaikum bang!
Wa'alaikumusalam...Ya, dik, ada apa, sapa saya dengan lembut. Budak itu pun mengangkat kertas bewarna putih dan ditunjukkan kepada saya.
Kertas apa ini?
Mak saya sakit, perlukan sedikit duit untuk bantu emak sembuh.
Subhanallah. Mari abang tengok kertas ini...Oh,surat ini bulan jun ni. Baru lagi lah ya?
Ya, abang. Dekat sini ada nombor telefon doktor. Alamat rumah saya pun ada.
OK, abang ambil no ni dan alamat ini ya. InsyaAllah, ada ruang, abang datang ziarah rumah adik. Datang ke sini naik apa?
Bas abang. Oh, jauhnya!. Dari ampang ke bangi?
Terpaksa bang. Untuk mak saya.
Ok, ini hadiah dari abang pada adik dan mak. Gunakanlah sebaiknya. Saya menghulurkan sedikit wang untuknya
Tapi sebelum itu, abang ada permintaan. Boleh tak tunaikan?
Ya, apa dia bang?
Adik solat tak?
Solat bang.
Ok, nanti lepas ni, solat asar, abang minta adik doakan untuk abang boleh?
Boleh bang.
Isteri abang baru lepas bersalin. Doakan untuk abang dan keluarga abang diselamatkan dari api neraka. Luaskan rezki dan permudahkan urusan abang di dunia ini. Boleh doakan untuk abang adik?
InsyaALlah bang. saya doakan untuk abang. Sambil tersenyum dan menyimpan not wang yang saya berikan.
Sebelum berpisah, saya tanya pada adik itu lagi
Adik datang dengan siapa?
Kakak saya juga ada.
Ok, apapun, abang harap, adik jaga solat. Ajak kakak solat sekali. Doa sungguh-sungguh agar mak adik dan keluarga adik Allah berikan lagi rezeki yang baik. Adik suka ke buat kerja macamni selamanya?
Tak suka bang. Tapi terpaksa sebab mak sakit.
Bagus tu adik. jangan lupa pesan abang tadi, jaga solat dan doa untuk mak sungguh-sungguh. InsyaAllah, kita jaga ALlah. Allah pasti jaga adik dan luaskan lagi rezeki.
Baik bang. Matanya merah dan berair. Kami bersalaman dan peluk. Lalu saya pun berikan salam dan terus mencari barang keperluan saya.
Memberi Tapi Tidak Bahagia!
Biasakan kita didatangi oleh orang-orang tertentu, tidak kira usia, bangsa dan agama. Datang tanpa diduga-duga lalu meminta pertolongan. Biasanya, apa lintasan di hati anda?
i) Eish!!! Budak ini lagi
ii) Malas betul aku nak layan budak ni
iii) Ni betul ke tak ni?
dan macam-macam lagi lintasan di fikiran kita bukan? Ahli neuro ada menyatakan, skema fikiran manusia dalam satu hari berubah-ubah sebanyak 60ribu kali. Malangnya, 80% dari skema itu adalah negatif! Apa yang terjadi apabila pemikiran anda negatif? Apa reaksi tubuh badan anda? Apa bentuk bahasa anda? Apa respon anda pada sekeliling anda? Pasti selari dengan apa yang di dalam fikiran bukan?
Yes, lintasan hati dan fikiran amat mempengaruhi tindak tanduk kita. Dalam situasi memberi sedekah, anda akan rasa tidak bahagia jika lintasan di dalam hati dan fikiran tidak selari dengan perbuatan. Apa maksudnya?
Pernah saya ditanya satu soalan. Bagaimana kita ingin ikhlas dan rasa tenang semasa kita bersedekah? Hari ini banyak kes dilaporkan ada komplot, kumpulan-kumpulan tertentu yang mengambil kesempatan dari orang awam. Sehingga saya pun rasa tidak yakin semasa memberi!
Inilah puncanya. Lintasan hati tidak selari dengan tindakan. Tindakan memberi di saat lintasan hati dan fikiran tidak redha atau tidak suka, akan memberi kesan tidak bahagia! Jadi, bagaimana cara pantas untuk menghadirkan rasa bahagia dan ikhlas semasa memberi sedekah? Jawapannya, jadilah anda seorang pendengar. Layan dan berkomunikasilah dengan orang yang hadir kepada anda sehingga anda mampu melahirkan rasa simpati dan empati! Jika timbul rasa itu di hati dan fikiran, maka disaat itulah anda akan rasa bahagia!
Malangnya, komunikasi kita semasa memberi sedekah tidak berkesan. Kelakuan biasa ialah
i) Semasa memberi tidak membuka mulut sepatah pun dengan si peminta
ii) Tidak ada eye contact dengan si peminta
iii) Tidak ada unsur simpati malah marah dan gelisah lebih menguasai diri
iv) Tidak ada physical contact. Seperti salam dan peluk
v) Tiada agenda sedekah dalam diri
Inilah antara faktor yang membuatkan diri kita tidak bahagia semasa bersedekah atau membantu orang lain. Disaat ini, bahasa diri bukanlah lagi empati tetapi bahasa yang bersifat persiasif dan agresif. Bahasa yang menyakiti orang lain dan diri sendiri!
Antara tips yang digalakkan untuk kita beramal dan berasa bahagia semasa bersedekah ialah
i) eye contact - lihatlah dengan pandangan mata pada sipeminta yang menyenangkan/ memuliakan
ii) physical contact - bersalaman
iii) intelellectual contact - tanya khabar, dari mana, sedang buat apa dan apa sahaja info berkaitan si peminta
iv) emotional contact - simpati dan empati. tanya dan gali situasi si peminta agar anda tahu apa yang berlaku padanya.
v) spiritual contact - meminta doa dan memberi doa kepada si peminta
vi) Yakin - semakin memberi, semakin banyak perkara yang Allah berikan kepada kita semula!
* Perhatikan polar hidup kita. Apabila dapat sahaja gaji/ rezki, pasti ada orang yang datang kepada kita untuk tujuan sedekah! Adakah kita seorang yang memang suka bersedekah atau tidak? JIka tidak, hargailah orang yang meminta sedekah itu yang datang kepada kita. Ini adalah kerana Allah swt telah menghantar orang itu kepada kita untuk diuji dengan rezeki yang telah pun Allah berikan kepada kita. Adakah kita super sedar hal ini?
Selamat menghubungkan potensi spiritual anda dengan sedekah yang membahagiakan!
Syamil Yusuff 2012
kupasan yang mantap bro! menarik untuk difikirkan.. syukrann
ReplyDeleteteruskan catatan mu - ada nilai bagi yang mencari nya -
ReplyDelete