Wednesday, 27 June 2012

Hidup Aku Tertekan Sangat!

Hidup ini adalah lumrah dengan tekanan kehidupan. Kadangkala diuji kembali dengan kesalahan dan kejahilan diri sendiri akibat dari keputusan yang dibuat awal dahulu. Ada diuji dengan kehilangan wang, benda beharga @ autentik. Kematian, hutang dan sebagainya. Sehingga membuatkan diri ini terasa keseorangan tanpa teman!

Kadangkala, datang juga suara-suara yang mematikan dan menuju kepada daerah yang dinamakan putus asa. Kadangkala, melemahkan semangat dan daya juang. Akhirnya seolah-olah ingin mengambil keputusan kehidupan yang boleh dikatakan 'bodoh' dan tidak masuk akal! Inilah yang sering dialami oleh semua manusia di muka bumi ini. Tidak kira siapapun mereka, apa prinsip agamanya dan apapun. Semua alami situasi psikologi yang sama.

Pelik bukan? Mengapa alamiah perasaan ini sama?

Apa maksudnya?

Apa sebenarnya yang harus kita lakukan?

Adakah penawar untuk semua ini? Menghilangkan rasa tekanan, cemas, bimbang dan putus asa?

Adakah semua ini harus dirasai oleh manusia? Oleh aku? Oleh anda semua?

Sudah pasti, semua ini harus dirasai oleh semua manusia. Manusia memang berhak melakukan kesalahan dan kesilapan. Namun, manusia yang hebat dan luar biasa adalah bangkit dan terus memperbaiki kesalahan diri. Melangkah ke daerah yang dinamakan bahagia dan ketenangan. Semua itu boleh disembuhkan dengan kita bangkitkan suara hati dengan berkata;  

Haruskah aku merasai kesakitan perasaan dan jiwa selamanya? 

Haruskan aku lemah semangat buat selamanya? 

Mengapa aku harus membuang masa, tenaga dan perasaan aku untuk terus merasakan kesakitan sedangkan aku boleh memilih untuk merasa bahagia dan ketenangan?

Milikilah kesedaran tertinggi untuk membuang semua belenggu, kesakitan yang kita alami di benak fikiran, dalamnya di gaung hati dan penderitaan di padang tubuh badan kita dengan menghubungkan kembali fizikal, intelektual, emosi dan spiritual kita kepada SUMBER kebahagiaan dan ketenangan.

Siapakah dan dimanakah sumber ini?

Dialah Tuhan, Allah yang Maha Memberikan Ketenangan dan Kebahagiaann! Hubungkan tali anda dengan tali Tuhan bagi meringankan penderitaan batin kita! Yakinlah Dia yang mampu memberikan kita kebahagaiaan dan Dialah yang Mampu mengheret kita keluar dari daerah yang dinamakan masalah!

Dialah Allah! Dialah sumber segalanya!

Renungilah firmanyNya ini

Dan Bahawa sesungguhnya, Dia lah Yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis; (Surah An Najm 43)

Bukankah Dia yang membuatkan kita sedih dan gembira? 

Mengapa meletakkan diri kita dalam bebanan selamanya? Hubungkanlah diri kita denganNya dan mintalah Dia hiburkan kita!


Syamil Yusuff 2012



No comments:

Post a Comment