Ego manusia
akan menguasai diri di saat hati dan fikiran kita menuju kepada tenaga negatif.
Lihatlah pada bahasa verbal dan non-verbal kita. Lihat juga pada fokus hidup
dan emosi. Bukankah semua ini menyakitkan dan melemahkan? Disinilah saat
dimana, ilusi masalah menjadi seolah-olah realiti dan sukar untuk diubah.
Konflik, kebencian, perpisahan, perpecahan, sakit tubuh badan dan sebagainya
adalah simpton atau tanda-tanda bahawa kita sedang berada di dalam polar tenaga
yang negatif! Pemikiran dan jiwa menjadi gundah gulana dan terasa di
penjarakan, tidak bebas sedangkan kita tidak dikurung mana-mana penjara besi.
Kita sendirilah yang memenjarakan diri sendiri!
Disebalik
itu pula, disaat kita menuju ke kepada polar tenaga positif dengan melatih dan
fokus kepada hati dan pemikiran yang positif, makna dan nilai kehidupan kita
meningkat dan akhirnya menjadikan kita lebih bertenaga! Disinilah ‘rumah
kebahagiaan dan ketenangan’ terbentuk. Ia terbina disaat kita mula melepaskan
ego diri yang gelap dan berat kepada cahaya yang ringan dan pantas! Disini
jugalah keceriaan, kegembiraan, kesefahaman, kesatuan, kecintaan dan kasih
sayang terbentuk.
Fokus yang
intens pada ego akan membuatkan kita menjadi berat, gelap, sakit dan kehidupan
umpama ‘neraka dunia’. Tetapi tidak kepada roh, yang mana ia melepaskan kita
dari kesakitan kepada kesihatan, cahaya, pantas dan ‘syurga dunia’. Inilah kayu
ukur atau skala yang harus kita jadikan panduan agar kita sedar dan super sedar,
dimana tahap atau kedudukan kehidupan kita, samada mendekati kepada kebahagiaan
atau kesengsaraan.
Kita sering diuji dengan daya tarik negatif dan positif ini. Namun,
disinilah titik mulanya kita harus memiliki daya juang diri yang tinggi. Apapun
pilihan kita dalam seharian, makna dan nilai akan membawa kita ke dua daerah
ini; roh atau ego. Renungilah firman Allah swt di dalam surah At Taubah ayat
111 yang bermaksud
Sesungguhnya Allah telah membeli
dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan
(balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada
jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan
syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah
di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang
lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan
jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli
(yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar.
Inilah
satu kepastian yang pasti, dimana disaat kita melakukan hijrah dengan penuh
kesedaran untuk memasuki daerah roh, maka kebahagiaan dan ketenangan akan
menjadi milik kekal buat kita kelak! Biarkanlah roh yang ada di dalam diri kita
menguasai tindak tanduk kelakuan kita kerana ia akan memberikan hasil atau results yang tidak mengecewakan kita
buat selamanya!
No comments:
Post a Comment