Prinsipnya, apabila kutub utara dan selatan bertemu, ia akan saling menarik dan rapat. Sebaliknya pula berlaku apabila sama kutub di tujukan. Ia akan menolak satu sama lain. Inilah prinsip asas magnet.
Dalam kehidupan ini, semakin hari anda terasa terbeban dengan masalah duniawi, anda sebenarnya sedang ditarik oleh 'kutub' yang berlawanan. Anda sebenarnya ditarik kuat supaya mendekati Tuhan. Segala permasalahan, ujian dan kesengsaraan yang dialami secara batiniah, kita sebenarnya beruntung!
Beruntung?
Yes! Inilah anugerah yang paling besar buat manusia yang merasakan dirinya dibebani dengan tekanan hidup. Kita sebenarnya sedang ditarik oleh Allah swt agar meminta padaNya agar dilepaskan dari kesengsaraan yang berpanjangan!
Tetapi, kebanyakkan dari kita bersikap lawan kutub. Menjadikan kita sama kutub dan akhirnya kita saling menolak Tuhan untuk hadir dalam kehidupan kita. Apa yang akan terjadi disaat kita menolak Tuhan hadir dalam kehidupan kita? Maka, semua bebanan mental itu akan ditanggung oleh kita sendiri tanpa bantuan dariNya!
Ego pada Tuhan adalah satu situasi diri yang dinamakan self sabotage. Menzalimi diri sendiri. Sedangkan fitrah diri ini benar-benar memerlukan bantuan Tuhan. Malangnya, ego kita telah menghalang dan menolak Tuhan.
Apakah antara bentuk ego ini? Ia adalah seperti ini
i) Jumpa doktor je, semua boleh sembuh!
ii) Aku boleh selesaikan masalah aku sendiri!
iii) Buat apa solat, rugikan masa dan business aku saja!
iv) Pergi masjid? What!?
v) Aku yang telah berusaha selama ini. Aku sepatutnya dapat!
vi) Akulah yang patut dapat, kenapa dia?
viii) Dia duduk relaks aje, aku yang penat-penat buat. Sampai sakit badan aku. Dia senang aje (Sedangkan kawanni sakit dan perlukan rehat)
ix) Selepas solat beri salam, terus meninggalkan tanpa berdoa. doa dalam hati je da ok!
x) Tolonglah aku...Aku da sesak sangatni. Berilah aku pil itu!
xi) Aku gianni. Juallah benda itu pada aku!
dan banyak lagi suara keegoaan yang menolak Tuhan dalam kehidupan kita!
Renungilah firman Allah swt di surah Al Imraan, 135 yang bermaksud
Dan juga orang-orang Yang
apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera
ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak
ada Yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak
meneruskan perbuatan keji Yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka
mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
Ingatlah, saat kita berada di dalam tekanan, ia adalah petunjuk kuat bahawa Allah sedang menarik kita supaya MELEKAT PADANYA!
Syamil Yusuff 2012
No comments:
Post a Comment