Friday, 1 February 2013

Mabuk Teknologi Dunia




Pernahkah anda mendengar perkataan mabuk? Apakah makna mabuk? Saya yakin, jika disebut sahaja mabuk, apa yang terbayang di minda anda ialah orang yang tidak lagi siuman kerana terlalu banyak meminum arak bukan? Sangkaan anda sebenarnya tepat sekali! Mabuk adalah satu situasi atau keadaan yang membuatkan manusia lupa dan tidak mampu menguasai akal sedarnya dan mereka sering berkhayal sepanjang masa dengan bergantung terhadap apa yang ada pada penglihatan mereka sewaktu itu.

Sekarang, saya ingin menyatakan masalah yang semakin merebak di kalangan masyarakat kita, tidak kira dari peringkat kanak-kanak hinggalah ke peringkat dewasa, penggunaan teknologi seperti handphone,  komputer riba, parabola, kerusi beroda yang dilengkapi dengan motor agar si pengguna tidak perlu bersusah payah untuk berjalan, hanya duduk dan tekan butang ‘berjalan’, portable DVD Player, permaian komputer games,  permaianan konsol seperti PS3, X-Box dan sebagainya sudah begitu meluas penggunaannya di alam millenium ini.

Jika kita perhatikan keadaan atau fenomena ledakan teknologi ini, ia seolah-olah seperti satu ombak besar yang melanda secara besar-besaran di seluruh dunia! Tidak ada satu dunia pun yang terlepas dari penggunaan teknologi ini. Dahulunya, handphone hanya mampu dimiliki oleh mereka yang kaya raya atau berkemampuan sahaja, tetapi sekarang, sudah mampu dimiliki oleh remaja di sekolah rendah lagi. Malah handphone mereka lebih hebat dari ayah dan ibu mereka! Bukankah ini merupakan bukti gelombang ombak teknologi yang begitu pesat berkembang luas di kalangan masyarakat kita? 





Hari ini, remaja atau kanak-kanak kita, kurang gemar untuk keluar bermain di padang, sungai-sungai atau beriadah di luar kerana di rumah, mereka tidak perlu bersusah payah untuk berlari sana sini, tetapi hanya duduk dan bermain computer games yang mana sudah mampu melakukan navigasi atau perhubungan di antara pemain lain di seluruh negara? Dunia tanpa sempadan sudah berlaku!

Secara jujurnya, jika saya bertanyakan kepada anda, jika anda seorang ibu dan ayah, adakah anda suka dan rela melihat anak-anak anda begitu asyik menghadap permainan maya itu berjam-jam lamanya? Apakah manfaat besar yang mereka akan perolehi? Memperolehi rakan yang ramai dari seluruh negara? Atau ada yang membahayakan diri mereka sendiri?

Secara realitinya, dunia teknologi pada awal penerokaannya adalah amat baik dan terkawal. Persekitarannya atau environment perkembangan teknologi amat membantu dari segi keberkesanan atau effective dalam semua urusan pekerjaan manusia. Tetapi, lama kelamaan, teknologi berkembang tanpa ada kawalan yang baik. Ia berkembang bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan! Tidak mampu lagi dikawal dan di selidiki nilai (values) baik dan buruk. Maka, apabila hal sedemikian berlaku, akan muncullah satu keadaan dimana, manusia akan memasuki alam mabuk teknologi.

Pernahkah anda mengalami keadaan anak-anak anda meminta-minta handphone atau permainan konsol seperti PS3, X-Box dan sebagainya? Meminta-minta teknologi tersebut seolah-olah seperti tidak boleh meneruskan kehidupan yang seimbang tanpa kehadiranya? Atau pernahkah anda pergi ke shopping complex, kemudian anda melalui satu lorong yang penuh dengan jualan-jualan handphone, laptop atau apa sahaja teknologi yang terkini atau dikenali sebagai gadgets, mata anda akan tertumpu kepada ‘benda’ itu dan tidak fokus 100% kepada perjalanan anda? Jika berlaku, kita sudah terkena sedikit penyakit mabuk teknologi!

Hari ini juga, remaja kita tidak ketinggalan dengan gadget yang pelbagai bentuk dan rupa yang terkini. Malah mereka sering bertukar-tukar teknolgi terbaru jika baru dilancarkan. Mereka sanggup menyimpan, mencari, bekerja siang dan malam semata-mata untuk mendapatkan kepuasan ‘mabuk teknologi itu’. Sedangkan, ianya bukanlah satu keperluan yang amat tinggi di dalam kehidupan mereka. Bukankah itu menjadi sebahagian masalah dalam masyarakat kita?

Saya cuma terfikir, jika satu hari nanti, semua teknologi ini tidak berfungi, maka apa akan terjadi kepada manusia yang mana sudah bertahun-tahun bergantung kepada teknologi, tiba-tiba teknologi itu tidak lagi mampu mengisi ‘kemabukan’ mereka itu? Pasti ia menjadi satu bencana yang besar sekali!


Kebanyakkan di negara atau dunia pertama, teknologi dilahirkan kerana selari dengan perkembangan industri teknologi. Dan ini membuktikan revolusi industri teknologi amat berkembang pesat. Dalam masa yang sama, masyarakat atau manusia yang hidup di dalam negara itu bergantung sepenuhnya kepada teknologi yang ada.  Saya cuma khuatir dalam 10 tahun pada masa akan datang, 20 tahun akan datang, manusia yang hidup adalah manusia yang hidup dengan teknologi. Sejak mereka lahir sahaja di dunia, teknologilah yang paling hampir dengan mereka sehinggalah mereka menghembuskan nafas yang terakhir.

Pelik bukan? Mengapa manusia begitu kuat mabuknya terhadap teknologi pada masa kini? Adakah ini satu petanda yang positif untuk membuktikan bahawa manusia mampu membina tamadun yang penuh dengan teknologi atau apa?  Atau ini adalah petanda awal manusia akan binasa atau manusia akan dikawal oleh teknologi? Adakah manusia mengawal teknologi atau teknologi mengawal manusia?

No comments:

Post a Comment