"Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath
(perkataan yang keji) dan berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi
hukum). Jika seseorang itu diperangi atau dicaci, dia hendaklah berkata:
Sesungguhnya aku sedang berpuasa (Nabi menyebutnya dua kali). ” - Hadis
riwayat Imam al-Bukhari, no: 1894.
Tentu kita biasa membaca atau mendengar hadith ini bukan?
Saat kita diuji di dalam proses berpuasa menuju kepada daerah taqwa, kita disarankan untuk mengatakan 'Aku sedang berpuasa!'.
Mari kita fokuskan kepada saranan Rasulullah saw ini. Kalimat, 'Aku sedang berpuasa' @ ASP merupaka satu afirmasi yang sangat 'powerfull' jika disertakan dengan kekuatan spiritual. Afirmasi ASP ini mampu mendirikan semula minda sedar kita dari hilang atau lost kesedaran super kita terhadap situasi sedang berpuasa.
Makna 'Aku' pula, ia bukanlah semata-mata merujuk kepada perut yang lapar, mulut yang berbau busuk (tetapi wangi di sisi Allah), dan badan yang letih, tetapi merujuk kepada fitrah roh yang ada pada diri manusia itu. Saat manusia sedang lapar, manusia sebenarnya sedang membuka pintu kebatinan yang tertinggi! Saat manusia dikosongkan perutnya, bebas dari kemahuan dan kelahapan nafsu makan, manusia akan menjadi lebih ringan berbanding dari perut yang kenyang!
Diri yang ringan itu pula, bukanlah merujuk kepada susutnya berat badan, tetapi betapa ringannya roh fitrah itu menguasai diri. Pengulangan afirmasi ASP mampu membuatkan diri dan seluruh potensi badan yang bersifat tanah ini dinafikan buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada fitrah sebenar manusia dikembangkan. Bayangkan, 11 bulan kita menutup fitrah ini dengan kekenyangan dan nafsu yang buas, maka hari ini, kita mampu menundukkanya dengan kalimah afirmasi ASP.
Bulan ramadahan merupakan bulan mencapai kebijaksanaan (wisdom).Iaitu bulan dimana kita (orang beriman) meletakkan fitrah rohaniah terlebih dahulu berbanding nafsu.
Ingatlah, kalimat afirmasi ASP ini bukanlah perisai kepada lemahnya iman kita disaat berpuasa. Ada dikalangan yang lemahnya iman, mereka jadikan kalimat afirmasi ini kepada suatu bentuk energi yang negatif. Disaat mereka diajak untuk melakukan kebaikan, mereka berlindung disebalik ASP ini. Sebagai contoh, apabila diajak mengangkat barang, mereka berkata, Aku sedang berpuasa! Apabila mereka diajak membaca al Quran di masjid, mereka berkata, aku sedang berpuasa!
Situasi ini adalah tidak benar. Kalimat afirmasi ASP menganjurkan supaya menjadi lebih kuat dan berkuasa menguasai diri dan bukannya semakin lemah dan tidak berdaya. Baikilah persepsi anda dengan mengucapkan ASP untuk menjadi orang yang kuat dan bukannya lemah. ASP adalah aktif dan bukannya pasif dan melemahkan.
ASP-kanlah diri anda setiap masa dan waktu disaat anda mula berfikiran negatif dan berasa tidak senang di hati. InsyaAllah, ASP akan membantu anda menjadi orang yang berjaya meraih tahap yang dinamakan taqwa!
Syamil Yusuff
Julai 2012
No comments:
Post a Comment