Monday, 23 July 2012

Persepsi Yang Salah

Manusia mentafsir dunia, persekitaran, maklumat, cerita, berita dan sebagainya menerusi pintu pancaindera. Di akhir proses penerimaan maklumat itu akan berakhir dengan satu bentuk peta minda (mind map). Manusia memberi respon dari apa yang mereka dengar (auditori), apa yang mereka lihat (visual) dan rasa (kinestatik) atau sigkatannya VAK. Namun yang demikian, VAK manusia ini tetap mempunyai kelemahannya yang tersendiri seperti mata yang kabur, pendengaran yang kurang jelas dan deria rasa yang semakin kurang sensitivitinya.

Sehubungan dengan itu, saluran VAK ini akan melalui satu filter di bahagian minda. Apakah filter itu? Berikut adalah jenis-jenis penapis minda;

i) Distortion - Pengherotan
ii) Deletion - Memadamkan
iii) Generalization - Generalisasi/ Umum

Ketiga-tiga filter ini akan menyaring semua maklumat yang dimasukkan menerusi pancaindera manusia. Ditiik akhirnya nanti, ia akan membentuk sistem kepercayaan (belief system @ BS) kita buat selamanya! Dan, BS inilah menceritakan tentang diri kita yang sebenarnya! Manusia adalah apa yang mereka yakini!

Apa maksud mudah BS? Sebagai contoh, BS akan mengeluarkan bahasa dan tindakan;

i) Aku tak boleh buatlah!
ii) Aku takut nak lalu kat tempat gelap! Menyeramkan
iii) Aku benci tengok status FB tentang cinta. Menjijikkan!
iv) Loya tekak aku rasa tapai ni!
v) Aku takut tempat tinggi!
vii) Dengan rokok, aku akan cepat tenang bro!
viii) Dia pandai, aku tak macam dia! Dia genius, aku biasa-biasa je
ix) Apa semayang-semayang? Apa faedahnya der!
x) Mereka semua ini ahli neraka. Kita kena serang mereka. Cegah semua maksiat!

Wait!

Semua ini adalah bahasa yang diterjemahkan menerusi BS. Namun, ia amat dipengaruhi tinggi oleh filters yang disenaraikan tadi.

Mengapa terjadi seumpama ini? Disebalik BS, sudut berfikir juga mempengaruhi tindakan dan bahasa kita. Kadangkala, pemikiran kita juga ada 2 keadaan, Honey Thinking dan Poison Thinking!

Yes, kadang kala apa yang kita lihat, tidak menyeluruh. Hukuman atau respon akan kita berikan kepada apa yang kita lihat itu.

Benar, kadangkala apa yang kita dengar, tidak total. Respon yang kita berikan akan memakan diri kembali.

Jujur, kadangkala, apa yang kita rasa, tidak murni. Luahan dan tindakan kita akan menyakiti dan mencalarkan hati orang lain. Tidak kiralah siapapun manusia di hadapan mata, kita wajar menjaga kondisi hati manusia agar mereka tidak terkilan dan tidak menjauhi dari kita.

Hal ini telahpun diajarkan oleh Rasulullah saw. Peristiwa benar berlaku disaat baginda melihat kemungkaran/ kezaliman, baginda akan renung dan memohon kepada Allah swt agar baginda mempunyai rasa, sudut pandang dan berita yang benar dan sahih. Inilah yang dinamakan Honey Believe (HB). Jika kita mempunyai HB, tindakan dan kata-kata kita akan lebih baik dan teratur! Berbanding mereka yang mempunyai Poison Believe atau Poison Thinking.

Renungilah firman Allah swt di dalam surah Al-Imraan, ayat 159 yang bermaksud

Maka disebabkan rahmat Allah, engkau berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau berlaku keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu, maafkanlah mereka dan mohonkanlh ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepadaNya..

Subhanallah, ayat ini adalah bersempena peristiwa para sahabat yang telah melakukan kesalahan besar di perang Uhud. Dalam situasi uhud, memang banyak sekali peristiwa atau point trigger yang membangkitkan rasa marah atau Poison Thinking! Namun, Allah swt menegur pada nabi saw, agar tenang dan dapatkan Honey Believe dari firmanNya. Subhanllah, setelah itu, baginda memberi respon atau feedback yang cukup berhikmah dengan adanya perbincangan dan pertemuan yang penuh dengan Honey believe dan honey Thinking!

Pada pandangan anda, apabila seseorang itu mempunyai poison thinking & poison believe, apa terjadi pada bahasa dan tindakannya?

Pada pandangan anda lagi, jika seseorang itu ingin menegur orang lain, tetapi mempunyai Poison Thinking. Seorang suami atau isteri, guru ingin menegur anak muridnya, seseorang ingin menegur rakan di FBnya , tetapi dengan poison thinking. Apa yang akan terjadi? Dakwah diterima? Teguran diterima? Atau bagaimana?

Raihlah hubungan yang kuat dengan Allah swt menerusi Honey Believe dan Honey Thinking yang frekuensinya pada peringkat alpha. Saat kita tenang dan damai walaupun asakan dari eksternal kita begitu menekan, insyaAllah, Allah akan bersama dengan orang yang tenang.

Jadilah seorang manusia yang jiwa dan fikirannya tenang, tidak kalut dan tidak begitu rakus untuk menghukum manusia. Kadangkala kita merasakan diri kita ini benar sedangkan apa yang terkandung dalam hati dan fikiran kita belum tentu 100% benar walaupun Al-Quran sudah ada ditangan!

Marilah kita tukarkan cara berfikir dan cara kita mempercayai sesuatu. Baikilah corak berfikir dengan apa yang diajarkan Al-Quran. Kajilah Al-Quran dalam sudut minda dan hati. Ia ada diselitkan di ayat-ayat Allah yang Maha Esa!

Wallhualam

Syamil Yusuff 2012

No comments:

Post a Comment