Pernahkan
kita merasai damai dan tenteram bahagia dari dalam diri kita yang sebenar?
Setiap dari kita pasti pernah merasainya. Malah, pengalaman itu amat
berbeza-beza makna dan nilainya! Namun, perasaan atau nikmat kebahagiaan itu adalah
sama rasanya! Di saat kita mampu merasainya, apa sahaja yang berlaku di luar
badan kita sama ada baik atau buruk, sama sekali kita tidak ambil kisah atau
terlalu fokus sehinggakan kebahagiaan dari dalam diri itu tidak sama sekali
kita ingin ianya pergi begitu sahaja.
Kebahagiaan
dan ketenangan memerlukan satu kesedaran yang tinggi atau super. Tanpa adanya
kesedaran ini, maka kita tidak mampu melakukan proses pemilihan skema emosi
yang konsisten. Ingatlah, orang yang bahagia tidak semestinya mereka ini sedar
bahawa mereka ini mampu berasa bahagia tetapi orang yang sedar biasanya mereka
ini sentiasa bahagia dan tenang.
Kita mampu
melakukan apa sahaja bentuk tindakan atau action
yang kita ingin lakukan bagi meraih apa yang kita impikan dengan mencetuskan
kesedaran tertinggi akan kebahagiaan. Dengan itu, kita mampu mengembangkan
potensi diri pada satu tahap yang optimum dengan cerdasnya potensi emosi (emotional awareness) kepada orang lain,
cerdasnya potensi idea dan saranan (intellectual
quotient), cerdasnya daya bekerja (Physical
Intelligence) dan tingginya kebijaksanaan dalam memenuhi kekosongan (spiritual awareness).
Justeru, apa
yang bakal berlaku kepada dunia kita apabila kita tidak memiliki ketenangan
batin? Apa yang berlaku pada tindakan/ aktiviti kita? Apa perasaan kita? Apa
bentuk bahasa yang dikeluarkan dari mulut kita atau bahasa badan kita?
Bagaimana pula dengan hubungan kita sesama manusia di sekitar kita? Hubungan
dengan anak? Isteri? Bos? Rakan di pejabat? Dan semua kenalan? Malah, keadaan
bertambah buruk, ada yang memilih jalan singkat iaitu ingin membunuh diri!
Renungilah panduan Al-Quran di dalam surah As Syams, ayat ke 8-10 yang
bermaksud;
"Maka Dia mengilhamkan
kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaan. Sungguh beruntung orang orang
menyucikan (jiwa itu). Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya"
Panduan
Al-Quran telah menjelaskan dengan ekspilisit bahawa, ilham itu datang dari
sumber yang tidak disangka-sangka untuk manusia. Namun, end product bagi ilham ini akan memberikan dua keadaan yang berbeza
samada kita menjadi orang yang beruntung atau orang yang rugi. Istilah untung
dan rugi ini sangat dekat dengan perasaan bahagia atau sengsara. Namun yang
demikian, rasa bahagia dan sengsara ini merupakan satu pilihan yang boleh
ditentukan secara mutlak oleh kita sendiri!
Rasa
bahagia itu adalah bersumberkan dari keadaan hati dan jiwa yang bersih dari
belenggu yang mengikat kuat. Bayangkan, jika anda berasa sengsara dan tidak
mampu merasakan ketenangan batin, maka perasaan itu adalah bersumberkan dari
hati dan jiwa yang kotor dan terbelenggu. Namun, semua ini adalah berpunca dari
pilihan yang pernah atau bakal kita lakukan!
Inilah
rahsia hati manusia! Rahsia yang tidak digali dengan baik dan serius oleh kebanyakkan
kita, sedangkan semua istilah yang berkaitan dengan ketenangan batin atau inner peace adalah bersumberkan dari hati
yang bersih dari belenggu! Inilah punca sebenar kebahagian kita telah bebas dari diikat kuat
dengan dawai-dawai berduri penyesalan akibat kealpaan, kelalaian, kebodohan, kejahilan,
kesombongan kita kepada Tuhan.
(Imej visual ciptaan Syamil Yusuff)
Tidak
kira siapapun kita, status kita, darjat atau pangkat; selebriti, pemimpin, miskin-kaya,
dan sebagainya, selagi kita bernama manusia, kebahagiaan dan kesengsaraan itu adalah
berupa satu pilihan yang bakal kita pilih dan laksanakan. Ingatlah, jika kita memilih
untuk melakukan sesuatu perkara atau pekerjaan yang merugikan kita sendiri pada
masa akan datang, maka kesengsaraan atau penyesalan akan menjadi milik kita. Namun,
berlaku disebaliknya pula jika kita membuat pilihan yang menguntungkan kita. Jika
kita mahu kebahagiaan dan ketenangan, buatlah keputusan yang tepat agar diakhir
kehidupan ini akan jauh dari kesengsaraan dan penyesalan. Kehidupan ini bukanlah
terhenti di dunia ini sahaja, tetapi kehidupan sebenar akan bermula selepas kita
mati di dunia ini.
Betapa
ruginya jika kita memilih untuk berasa seronok dan bahagia sesaat sahaja dengan
melakukan pilihan yang merugikan berbanding berasa sedikit sengsara untuk berasa
bahagia yang berpanjangan di kemudian hari. Bak kata pepatah orang yang bijaksana
mengatakan; Orang yang bodoh akan dikalahkan oleh orang yang bijak. Orang yang bijak
pula pasti dikalahkan oleh orang yang berkuasa. Tapi, orang yang berkuasa tidak
selamanya kekal kerana orang yang berkuasa boleh dikalahkan oleh orang yang BERUNTUNG!
No comments:
Post a Comment