Kita sering
mendengar pepatah mengatakan, anak yang baru lahir diibaratkan kain putih.
Maka, ibubapa merekalah yang bakal mencorakkan kain putih itu. Benarkah begitu?
Cuba anda jawab beberapa persoalan ini:
i)
Benarkah ibubapa dibenarkan untuk mencorakkan pada kain putih itu?
ii)
Corak apakah yang ibubapa harus corakkan?
iii)
Sudahkah ibu dan bapa diajarkan atau dilatih untuk mencorakkan
kain putih itu?
iv)
Bagaimana ibu dan bapa benar-benar hasil corak mereka adalah yang
terbaik dan benar-benar berkualiti?
Soalan ini
amat sukar dijawab bukan? Adakah benar ibu dan bapa harus mencorakkan sesuatu
pada kain putih itu? Atau ibu bapa harus memelihara, memastikan dan menjaga sahaja
putih serta kesucian fitrah itu sahaja? Bagaimana pandangan anda?
Ada satu
rekod yang menyatakan bahawa;
"Setiap anak yang lahir
adalah dalam fitrah. Dua ibu-bapanyalah yang menjadikannya yahudi atau nasrani
atau majusi".
Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu
Hurairah r.a.
Apakah makna
kata-kata ini kepada anda? Saya yakin, ramai di kalangan kita sudah mengetahui
akan kata-kata nabi ini. Makna yang tersurat adalah anak yang baru dilahirkan
adalah suci dan bersih dari pengaruh luar. Pemikiran dan hatinya jernih, tidak
lagi dicorakkan cara berfikirnya. Ibu bapa menjadi peranan yang amat penting untuk
mencorakkan anak mereka. Bukankah begitu? Ramai di kalangan kita memahami
kata-kata ini dalam makna yang sedemikian.
Tetapi saya
ingin mengajak anda untuk merenung jauh sedikit menerusi kata-kata yang indah
ini. Sekali lagi, cuba anda jawab persoalan ini;
Di manakah
peranan ibu bapa muslim untuk mengajar anaknya supaya menjadi muslim?
Yang ada di
dalam kata-kata itu ialah menjadi Majusi, Nasrani atau Yahudi sahaja! Tetapi di
manakah Islam? Ya! Sudah tentu, hanya
ibu bapa Majusi, Nasrani atau Yahudi sahaja yang bakal mencorakkan kain putih
itu! Corak itu adalah acuan mereka sendiri. Sedangkan, semua bayi dilahirkan di
dunia ini sebenarnya sudah mempunyai fitrah Islam! Semua manusia baru
dilahirkan, sudahpun memegang dan memiliki fitrah Islam. Ibu bapa Islam hanya
perlu memastikan, kain putih itu terus menerus putih bersih, bebas dari
sebarang corak!
No comments:
Post a Comment