Wednesday, 27 June 2012

Potensi P.I.E.S Manusia


Setiap dari kita lahir dengan berbekalkan potensi diri yang unik. Potensi itu adalah fizikal, intelektual, emosi dan spiritual. Keempat-empat potensi ini mempunyai daya dan kapasiti serta peranan yang berbeza-beza. Inilah kehebatan Maha Pencipta dalam penciptaanNya. Setiap hari manusia menggunakan potensi ini secara sedar atau pun tidak sedar. Secara umumnya, hal ini benar-benar memudahkan manusia menjalani aktiviti kehidupan mereka tanpa menghiraukan apa apapun pembayaran semula pinjaman potensi ini. Semuanya boleh digunakan untuk melakukan apa sahaja yang manusia inginkan.

Kehebatan Maha Pencipta dalam proses kejadian manusia ada dirakamkan di dalam Al-Quran, surah As Sajadah, ayat 8-9 yang bermaksud:

 Kemudian ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, Iaitu dari air (benih) Yang sedikit dipandang orang; Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

Ayat dari surah ini telah menerangkan secara eksplisit mengenai potensi yang telah diberikan kepada manusia. Maha Pencipta telah membentuk fizikal manusia atau Physical Quotient itu pada awal penciptaan manusia. Kemudian, kejadian itu disempurnakan dengan adanya akal (otak) dan akhirnya ditupkan roh ciptaaanNya. Roh ini ditiupkan terus kepada jasad ini.

Model PIES berdasarkan Al-Quran (Grafik Milik Syamil Yusuff 2012)

Inilah proses yang dilalui oleh semua manusia di muka bumi ini. Setelah manusia lahir, mereka semua menggunakan potensi PIES secara total! Tiada satu yang mampu dinafikannya!

No comments:

Post a Comment