Wednesday, 27 June 2012

One Second Silence @ OSS


Setiap manusia pasti berhadapan dengan masalah. Masalah kecil atau pun besar. Inilah situasi yang paling ditakuti dan tidak digemari oleh semua manusia. Namun yang demikian, kebanyakkan dari kita menggunakan seluruh potensi yang dirasakan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ada yang menggunakan potensi diri berbentuk fizikal seperti kewangan, makanan dan apa sahaja yang berbentuk fizikal. Ada juga yang menggunakan kekuatan intelektual seperti kemahiran dari pakar, pengalaman, informasi, maklumat dan sebagainya. Dan ada juga yang menggunakan potensi emosi seperti meraih simpati, memujuk, meyakinkan dan sebagainya. Semua ini telah pun dilakukan oleh semua manusia dengan berharap, segala bentuk masalah yang dialami oleh diri mereka itu hancur dalam dirinya dengan kadar segera!

Bayangkan, jika anda sudah optimumkan kesemua potensi itu, kemudian, masalah itu tetap membelenggu diri anda. Apakah yang anda harus lakukan? Sudah tentu, bibir hati anda akan mengucapkan, oh Tuhan, tolonglah aku!

Situasi ini samalah bentuknya seperti apa yang di alami oleh nabi Musa as. Saat ketika baginda telah menggunakan semua potensi dirinya dari ancaman Firaun, baginda akhirnya menyerahkan segala potensi fizikal, intelek dan emosinya kepada tingkatan tertinggi spiritualnya kepada Tuhan! Lalu, keajaiban dan mukjizat dari Allah swt terbuka luas untuk baginda dan kaum bani Israel keluar dari masalah yang amat besar pada saat itu. Penyerahan total inilah yang saya namakan One Second Silence atau OSS.

Kesan OSS amat besar impaknya kepada kita secara psikologi. OSS adalah satu aktiviti diri yang bersifat aktif dan bukannya pasif. OSS adalah menyerahkan segala kemampuan diri anda dengan pasrah, bulatkan keyakinan dan pengharapan kepada Tuhan. OSS juga akan membantu anda dalam memecahkan ego anda kepada Tuhan. OSS akan mengembalikan kekuatan spiritual anda untuk lebih yakin dan bersemangat dalam menghadapi cabaran kehidupan. Kemudian, lihatlah dunia ini, pasti memberikan kerjasama dan respon kepada anda pada jalan yang tidak anda sangkakan. Akhirnya, segala permasalahan yang anda kotakkan akan pecah dan meningalkan anda buat selamanya.

Berterima kasihlah kepada Tuhan, kerana Dialah yang memberikan sumber potensi spiritual yang tinggi kepada kita. Tanpa Dia, anda pasti akan hampa dan derita!




No comments:

Post a Comment