Thursday, 26 July 2012

Apa yang bermain di minda dan hatinyanya?

Satu artikel yang saya terjumpa tentang seorang  insan di dunia ini yang amat kaya hati dan mindanya. Namun, persoalan masih bermain di minda saya, apakah yang membuatkan beliau ini sangat bersungguh-sungguh dalam memegang falsafah, hidup memberi? Apakah beliau ini yakin pada Tuhan? Pada pahala? Pada hari pembalasan? Hari dimana manusia akan dihitung segala amalannya di dunia ini?

Orangnya ialah Bai Fan Li, seorang pencarik beca di China. Selama 20 tahun menarik beca dan mendermkan sebanyak RM 150,000 kepada anak-anak miskin di China! Apa yang bermain dimindanya? Meninggal dunia pada usia 92 tahun. Sumbangan terakhirnya ialah sebanyak RM RM250. Inilah sumbangan terakhirnya untuk guru-guru dan pelajar tersebut dan berkata, "Ini adalah derma terakhir saya kerana saya sudah tua dan tidak dapat bekerja lagi". 

Subhanallah, inilah yang diajarkan Rasulullah saw kepada umatnya. namun, nilai super ini ada pada lelaki ini yang bukan pengikut nabi Muhammad saw! Bagaimana kita? Kemana wang RM1 kita dibelanjakan? Nak tunggu kaya baru kita mulakan sedekah? 

Manusia pernah diceritakan, jika diberikan 1 gunung emas, mereka inginkan atu lagi gunung emas! Tidak akan puas. Namun, apabila mereka perolehi apa yang mereka inginkan, tetap sahaja mereka menjadi orang yang sangat tidak dekat dengan TuhanNya!

Mulakan memberi walaupun sebiji kurma!

No comments:

Post a Comment