Tuesday, 31 July 2012

Para Pembuat Dosa! Engkau Pasti Penat Bukan?!!

Manusia memang tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Dan hal ini tidak bermaksud manusia itu harus melakukan kesalahan dan dosa sepanjang waktu. Manusia yang hebat, kuat dan tinggi prinsip hidupnya adalah manusia yang sering bangkit dari terus menerus melakukan kesalahan dan kesilapan. Mereka memperbaiki diri dan optimis bahawa diri mereka sedang melalui satu perjalanan penjernihan diri walaupun diri mereka ini dilumpuri noda-noda hitam akibat kezaliman pada dirinya sendiri. Ingatlah bahawa, selagi mana seseorang itu bergelar manusia, maka tiada terpelihara dari dosa kecuali para nabi.

Bangkitlah dari terus menerus melakukan dosa dan maksiat. Ia tidaklah berakhir dengan 'happy ending' yang berkekalan melainkan keletihan dan lemah. Itulah sifat yang dimiliki pada manusia yang sering membiarkan dirinya terus menerus dalam noda yang gelap. Malah, ada yang memegang prinsip; "Sudah rosak, baik teruskan jahanamkan!" - TUNGGU!!! - Janganlah berfikir pesimis kepada Allah! Allah swt tidak zalim dengan hamba-hambanya. Malah, hambanNyalah yang menzalimi dan menyakiti dirinya sendiri!

Manusia boleh diibaratkan seperti bateri cas. Setiap hari manusia akan menggunakan 'energinya' dan secara prinsipnya, energy yang terkandung di dalam bateri itu akan berkurangan. Mendekati Tuhan atau Syaitan merupakan dua kutub yang berbeza kesannya. Apabila manusia melakukan kebaikan~menuju kepada Tuhan~manusia akan di re-charged oleh Sang Maha Hidup. Berlaku disebaliknya pula, apabila manusia melakukan dosa~menuju kepada nafsu/syaitan~ manusia akan semakin lemah dan ketandusan 'energy'. Itulah kesan dosa sebenarnya. Tiada lain melainkan melemahkan seseorang.

Mari kita tanya beberapa soalan

i) Adakah dosa akan memberi kesan kepada rezeki?
ii) Adakah dosa akan memberi kesan kepada motivasi?
iii) Adakah dosa memberi kesan kepada fizikal?

Semua soalan di atas jawapannya ialah YA!

Pernahkah anda mendengar dosa akan membuatkan rezeki semakin jauh dari kita? Tiada cahaya/ nur di muka dan sebagainya?

Yes, kesan dosa ada pada psikologi seseorang. Antaranya

i) Melemahkan tubuh badan
ii) Menumpulkan ketajaman berfikir ~ tidak visoner
iii) Mematikan semangat dan daya juang untuk terus hidup
iv) Membuatkan pemikiran semakin pesimis
v) Menjadikan seseorang itu sentiasa keluh kesah, gelisah, sedih dan semua emosi yang negatif

Bagaimana untuk bebas dari kesan psikologi seumpama ini?

Jawapannya ialah 

“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-Ku yang melampau batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah kerana sesungguhnya Dia juga yang mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia juga yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Zumar, ayat 53).

Kembalilah semula dengan penyerahan diri total kepada sumber kekuatan alam sarwajagat ini. Allah adalah sumber energi utama untuk manusia meneruskan kehidupan di dunia ini dan kehidupan yang sebenar selepas kematian. Pastikanlah diri kita senantiasa 'moving foward' kepada Allah swt walaupun setiap hari kita terjatuh 'lubang ' yang sama. Setkan niat dan hajat untuk melakukan perubahan dan penjernihan diri walaupun keadaan persekitaran anda tidak menyokong akan apa yang ada di dalam diri kita. Yang penting bukanlah apa yang ada diluar badan kita tetapi di dalam diri kita sendiri! Apa yang berlaku sebenarnya di dalam hati dan minda kita?

Renungilah kisah-kisah benar orang yang kembali kepada sumber kekuatan untuk mereka terus 'survive' dalam perjuangan yang dinamakan kehidupan. Saat mereka ingin kembali kepadaNya, nyawa mereka terus diambil dan dimasukkan terus ke dalam syurga!

Jadikanlah segala kisah hitam yang pernah kita lalui sebagai alasan utama untuk kita meraih simpati dari Allah swt. Janganlah kita bermegah-megah dan terpedaya dengan dosa yang kita anggap ia sebagai kekuatan. Tetapi ia berlaku disebaliknya! Jadikanlah dosa lama menjadi penebus dan 'tukul' utama untuk memecah kebuntuan dan kegelapan yang lama kepada cahaya yang menerangkan dan membahagiakan.

Yakinlah pada cahaya yang menerangi kehidupan ini. Cahaya itu adalaah An Nurr, Cahaya di atas cahaya! Cahaya yang didambakan oleh semua manusia di dunia ini. Resapi dan jadikanlah cahaya Illahi sebagai penyuluh utama dalam kehidupan ini.......


Mari kita sama-sama dengar nasihat dari lirik yang sungguh indah untuk para pelaku dosa


Klik disini


Semoga bermanfaat!

Syamil Yusuff 2012
Ogos

No comments:

Post a Comment