Tuesday, 10 July 2012

Memberi itu ada 'connection'

Saat ketika bertadabbur ayat Allah di dalam surah Al-Baqarah, ayat 254, terkenang saya pada pengalaman lama. Saya teringat kata-kata seorang kenalan jauh (tidak rapat, tetapi kenal). Kami bekerja di Putrajaya, satu pejabat. Ketika itu saya hanyalah sebagai pegawai kontrak. Rakan kenalan saya ini adalah pengurus di bahagian lain operasinya. Beliau baru sahaja mendapat cek dari hasil jualannya yang hampir 1 Juta! Beliau datang kearah saya dengan wajah yang sangat ceria (sebelum dapat cek agak masam dan tidak bertegur siapa). Beliau berkata;

Hari ini kalau aku nak berhenti kerja pun tiada masalah! Kerja susah-susah kat pejabat, dapat apa? Bos kat atas, 'ek' pakai keta besar-besar...Hah, kau tengok cek aku ni! Sambil beliau tunjukkan cek pada saya.

Saya sempat berkata;

Wow! Banyaknya! Lumayan ni!

kata beliau

biasalah. kena kerja lain sikit kalau nak senang.

di fikiran saya 'kerja apa kalau nak senang kalau sudah ada gaji?' - astagfirullah - berprasangka pada orang

Saya sempat membalas

Tuan, bolehlah sumbangkan kepada Palestin. Saya ini agen pada sumbangan warga Palestin.

Beliau respon

Oh! Nantilah kita cerita......

Kemudia, beliau terus meninggalkan saya dan masuk ke dalam pejabatnya.

Saya bukanlah orang yang ingin menilai manusia siapa yang terbaik amalannya.Kadangkala sikap kenalan atau bukan kenalan benar-benar mengajar kita agar senantiasa menjadi orang yang suka memberi. Namun, apabila membaca surah al baqarah ini, Allah menegur kita supaya memberi sebelum tiada lagi kesempatan untuk memberi.

Bila dirujuk pada tafsir Ibnu Abbas, perkataan tiada lagi jual beli bermakna hari kiamat! Adakah kita benar-benar hidup sehingga dunia ini kiamat? Itu adalah petanda kiamat besar. Namun, kita jangan lupa bahawa kiamat kecil juga ada bersama dengan kita. Apakah itu? Kematian. Boleh hadir pada bila-bila masa dan mana-mana tempat. Malah, boleh jadi apa yang kita simpan sekarang boleh hilang atau apa sahaja berlaku. Maka, tiada tenaga atau daya lagi untuk memberi. Mungkin pada waktu tiada lagi daya memberi, kita akan bertukar menjadi daya untuk meminta!

Memberilah. Jangan tiba waktu itu, kita tiada lagi kesempatan dan daya untuk memberi. Memberi sesuatu untuk manfaat orang lain adalah satu tindakan yang 'aktif' dan bukannya 'pasif'.

Ingatlah bahawa, apa yang kita simpan dan miliki belum tentu kita memilikinya kecuali kita sudah memberi. Kerana disaat kita memberi, ia sudah pun membuktikan bahawa kita benar-benar memilki!

Memiliki apa? Pahala dan kebaikan dari Allah swt.

Usaha memberi akan membuahkan kebaikan yang akan memberi manfaat pada diri. Tetapi tidak pada usaha menyimpan dengan banyak dan tiada manfaat pada orang lain.

Memberilah kerana ia adalah petanda baik kita berhubung kuat dengan Tuhan!


Syamil Yusuff 2012

No comments:

Post a Comment