Tuesday, 10 July 2012

Bukankah Tuhan itu menunggu-nunggu rintihan dan doa dari hambaNya yang memerlukan?

Keresahan dan kegelisahan di dalam diri ini benar-benar menyakitkan. Malah membuatkan diri kita berasa lemah dan kadangkala berasa ingin menyerah kalah. Angkat tangan dan berserah. Namun, jika kita melakukan sedemikian, apa yang berlaku kepada kita? Adakah kita semakin kuat selepas itu? Adakah kita semakin produktif? Adakah kita semakin kuat? Atau semua ini berlaku di sebaliknya?

Benar, pengalaman menyakitkan seolah-olah terakam jelas dan tinggi intensnya. Apabila dikenang semula, ia mampu membawa semula kita ke daerah atau situasi yang sama seperti yang dialami. Malah, ia mempengaruhi aktiviti harian kita.

Betapa seronoknya jika kita mampu menguasai diri dengan 'deleteted' semua memori dan perasaan yang menyakitkan?

Bukankah betapa luasnya dunia ini dirasakan jika semua itu kita mampu lakukan seperti kita klik pada ikon trash di komputer kita dan kemudian tekan 'delete forever'!

Subhanallah, semua ini sudahpun diajarkan oleh Allah swt agar kita delete forever kesalahan dan kekesalan kita dengan taubat. Kemudian sembuhkan keyakinan kita yang kian parah itu dengan mengambil cara berfikir optimis dalam setiap nafas kehidupan kita.

Jika kita mampu delete forever kesalahan dan kezaliman diri yang pernah kita lakukan, maka hubungan mesra manusia-Tuhan akan kembali pulih!

Bukankah Tuhan itu menunggu-nunggu rintihan dan doa dari hambaNya yang memerlukan?

Syamil Yusuff 2012

No comments:

Post a Comment