Wednesday, 15 August 2012

Darjat Orang Yang Suka Mendengar

Pelajaran terhebat perkongsian dari kenalan saya ialah kuasa mendengar. Yes, untuk menjadi seorang pembicara, guru, pengurus, motivator, penceramah, pembicara, ibubapa yang hebat (tidak kira apa sahaja), kita harus menjadi seorang yang selesa dan mudah mendengar berbanding bercakap atau berhujah. Ada kata-kata hikmah mengatakan 'Seseorang itu akan kelihatan bodoh saat ketika banyak bercakap dan seseorang itu sangat bijaksana apabila diam dan mendengarkan'. Boleh jadi kata-kata ini ada benarnya. Dan hal ini bukanlah bermaksud jika kita bercakap sesuatu yang benar dan baik, kita di anggap bodoh atau sangkaan negatif, tetapi jika terlalu banyak bercakap, mungkin boleh terjadi sedemikian....

Apabila saya melihat, mendengar dan menonton beberapa tokoh pembicara (speakers) dari luar dan dalam, yang sering menjadi tumpuan, buah bicara serta idola dan ikon, kebanyakkan dari mereka memang seorang yang suka mendengar. Setelah mereka sampaikan apa yang sudah dirangkakan, kemudian, mereka ingin dan amat gembira mendengar dari penonton yang hadir. Dan pada saat mereka (speakers) meminta respon untuk didengarkan, topik, agenda, training, program dan sebagainya menjadi sangat 'happening'!

Why?

Mari kita renungi di dalam firman Allah swt di dalam surah Az Zumar ayat 18 yang bermaksud:

Dan orang-orang yang menjauhi taghut, yakni tidak menyembahnya dan kembali kepada Allah bagi mereka berita gembira; sebab itu gembirakanlah hamba-hambaku yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang yang Allah tunjuki dan mereka itulah Ulul Albab

Subhanallah, perhatikanlah dengan baik perkataan yang digunakan di dalam Al-Quran iaitu perkataan mendengarkan. Allah swt menjelaskan sikap dan kelebihan orang yang suka mendengar ini iaitu

i) Mampu membuat pilihan yang TEPAT & JELAS
ii) Diberikan PETUNJUK (Hidayah)
iii) Mempunyai akal fikiran yang CERDAS untuk melaksanakan apa yang telah didengari dan difahami

Bukankah orang yang suka mendengar mempunyai ciri-ciri yang disebutkan oleh Al-Quran?

Bukankah orang yang suka mendengar akan membuka seluasnya ruang kepada orang lain untuk menerangkan apa yang sebenarnya berlaku. Hal ini akan memberi kesempatan kepada si pendengar untuk mendapatkan maklumat dengan TEPAT dan kemudian JELAS. Kadangkala, maklumat yang kita dapati hari ini adalah seperti ini

a) TEPAT tetapi TIDAK JELAS
b) TIDAK TEPAT tetapi JELAS
c) TIDAK TEPAT dan TIDAK JELAS

Mengapa hal ini berlaku? Kerana tidak 'kemas' dalam kemahiran mendengar.

Kedua, bukankah orang yang suka mendengar ini juga akan mampu memberikan respon kepada si peluah ini dengan idea atau cadangan yang amat TEPAT dan JELAS kepada sebarang permasalahan yang dialami olehnya? Mengapa selalunya TEPAT  dan JELAS? Sudah pastilah kerana proses mendengarnya amat kemas dan padu serta ilham yang diberikan olehNya.

Ketiga, orang yang hebat dalam mendengar adalah manusia yang mempunyai kecerdasan akal yang sangat hebat dan luar biasa. Mereka mampu mengoptimumkan dan menggabungkan potensi IQ, EQ dan SQ mereka ke tahap yang sangat luar biasa. Dan golongan istimewa inilah yang Allah swt gelarkan sebagai Ulul Albab! Mereka ini sangat genius dan hebat dalam penyampaian. Formulanya ialah hanya 20% bercakap dan 80% mendengar!

Jadilah pendengar yang hebat berbanding bercakap. Silence akan membawa kepada kebijaksanaan. Ianya adalah aktif dan bukannya pasif


Wallahualam

Syamil Yusuff
Ogos 2012

No comments:

Post a Comment