Friday, 10 August 2012

Membuka Pintu Alam Semesta (Universe)


 Sedarkah kita bahawa setiap dunia fizikal kita ini dahulunya tiada. Namun kemudian, lama kelamaan, ia wujud dan terus menerus mengalami evolusinya yang tersendiri. Sebagai contoh, bagaimana keadaan bandaraya besar Kuala Lumpur? Asalnya kampung, hutan dan semak samun, tetapi akhirnya menjadi satu Bandar besar dan dikagumi. Begitu juga dengan menara berkembar Petronas. Mengapa sekarang baru ada? Dunia sains pula, dahulu tiada pelbagai kajian tentang alam ini. Kajian sains tentang planet, oseonografi, kimia, jurutera, fizik dan sebagainya? Mengapa semua ini berkembang pesat dan menunjukkan potensinya yang terhebat di abad ini?

Sudah pasti semua ini tidak wujud dengan tidak sengaja. Ia muncul satu persatu dengan adanya perkembangan serta evolusinya yang penuh dengan ‘undang-undang’ atau laws tertentu. Namun yang demikian, semua perkara yang pernah kita lihat, rasa dan sentuh menerusi deria utama kita adalah disebabkan adanya soalan atau questions! Ya, soalan!

Kuasa soalan akan membuka pintu alam semesta ini dengan luas sekali. Tanpa adanya persoalan tertentu, maka tiada juga hasil tertentu. Setiap soalan yang bermain dan muncul di minda manusia akan terciptakan satu ruang (space) dan masa (time). Semakin banyak soalan dilontarkan oleh minda kepada dunia, maka semakin besarlah ruang dan masa akan terbentuk! Hasilnya, setiap ruang dan masa ini akan dipenuhi dengan jawapan!

Pengalaman kita yang merentasi masa dan ruang ini akan memenuhkan jawapan yang dicari oleh minda manusia. Setiap jawapan yang mula anda tercerahkan, maka setiap persekitaran dan imaginasi manusia akan terbentuk. Semua jawapan ada disebalik soalan. Tiada jawapan tanpa soalan!

Soalan apakah yang harus ditanya? Soalan emas akan menuju kepada emas. Soalan besar tentang peradaban manusia seperti ini (dibawah) telah membuatkan manusia bekerja (action) untuk memperolehi jawapan. Antaranya;

i)                   Mengapa kita berada di sini?
ii)                 Siapa dan apa yang telah menciptakan manusia?
iii)               Apa tujuan kehidupan kita?
iv)               Apa matlamat kehidupan ini?
v)                 Siapakah aku?

Soalan-soalan ini telah lama bermain di minda manusia. Namun, sejak lahirnya generasi demi generasi, soalan ini mula dipenuhi dengan results yang amat menakjubkan! Soalan emas, soalan yang tepat akan membuka pintu alam sarwajagat ini seluas-luasnya untuk anda terokai dan terus mencipta kehidupan!

No comments:

Post a Comment