Setiap kali
saya ke kedai buku terkenal di Kuala Lumpur, pasti ada keluaran dan penulis
baru tentang formula kejayaan. Pelbagai bentuk
penulisan dan cerita menarik dikongsikan oleh penulis antarabangsa kepada dunia
dan akhirnya menawarkan kepada dunia akan beberapa model atau formula untuk
mendapatkan apa yang diimpikan oleh manusia. Semua itu ada di rak-rak buku,
tersusun rapi dan kemas! Namun yang menjadi tanda tanya kepada saya, di manakah
buku-buku resepi kejayaan berlandaskan Al-Quran dan sunah? Seolah-olah formula
dari Al-Quran dan hadis ini seperti tidak relevan dan ketinggalan zaman?!
Adakah begitu?
Justeru,
dengan adanya lambakan buku berserta tawaran formula yang disangkakan begitu
hebat dan ‘awesome’ ini, akhirnya ada sebilangan manusia yang merasakan
seperti tidak ‘fit’ dengan kehidupannya! Ada juga yang merasakan di dalam
dirinya seolah-olah ‘kosong’ walaupun berjaya meraih apa yang di cadangkan.
Malah, ada juga yang mengatakan, ‘apa lagi selepas itu?’. Mengapa boleh
jadi begitu? Antara alasan perkara ini boleh terjadi adalah kerana faktor
geografi. Dalam buku From Adam's Peak to
Elephanta: Sketches of Ceylon and India (petikan dari buku TertiumOrganum @
Hukum Ketiga Pemikiran), ia menyatakan;
Barat mencari kesedaran individual-fikiran yang
diperkayakan, persepsi dan memori, harapan dan ketakutan individu, cinta,
cita-cita-diri, diri lokal, dalam seluruh fasa dan bentuknya-dan sangat terasa
ragu apakah hal-hal seperti kesedaran universal itu wujud? Timur mencari
kesedaran universal dan dalam hal ini, di mana pencariannya menggantikan diri
dan kehidupan individual yang lebih lemah dari sekadar sebuah filem dan hanya
merupakan bayangan yang digantikan oleh keagungan yang diungkap di luarnya.
Kesedaran individual mengambil bentuk gagasan, yang cair dan
bergerak seperi raksa, yang selalu dalam kondisi berubah dan tidak tetap, penuh
dengan rasa sakit dan usaha; kesedaran lain bukan dalam bentuk gagasan
(pemikiran). Ia menyentuh, melihat, mendengar dan merupakan hal-hal yang ia
terima, tanpa gerak, tanpa perubahan, tanpa usaha, tanpa perbezaan subjek dan
objek, namun dengan kenikmatan luas dan sukar di jelaskan.
Kesedaran individual secara khusus berkait dengan tubuh.
Organ tubuh dalam beberapa fasa merupakan organnya. Namun keseluruhan tubuh
hanya salah satu organ kesedaran kosmos. Untuk mencapai yang terakhir orang
harus memiliki kemampuan untuk mengetahui dirinya yang terpisah dari
tubuh-masuk dalam keadaan wujud, dalam fakta. Tanpa ini, kesedaran kosmos tidak
dapat dialami.
Apa
pandangan anda? Adakah model atau formula yang ditawarkan oleh motivator atau great
speakers dari dunia Barat boleh diambil dan dipercayai sepenuhnya? Atau
bagaimana?
Di sini,
saya bukanlah mengajak anda untuk memilih cara fikir yang amat skeptikal, tetapi
mengajak anda supaya berfikir secara kritis dan selektif sebelum anda ‘menyatu’
dengan semua ini teori, falsafah, formula atau apa sahaja jika rujukan utamanya
bukan dari Al-Quran dan sunnah.
Mengapa saya
mengatakan Al-Quran dan Sunah itu adalah penting bagi kita semua?
Pertama,
asas Al-Quran, di dalam surah kedua iaitu Al-Baqarah, ayat 2 ada menerangkan
dengan jelas;
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya
(tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi
petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa;
Jelas
lagi terang bahawa, orang yang ragu-ragu ialah orang yang tiada connection
yang baik terhadap elemen Rukun Iman dan Al-Quran adalah ‘petunjuk’ atau
clues yang sangat tinggi nilainya!
Kedua,
sunah atau sebarang perbuatan dan perkataan nabi Muhammad saw yang mulia. Harus
menjadi rujukan selepas Al-Quran. Sesungguhnya Allah swt berfirman;
Sesungguhnya
Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang Yang beriman, setelah
ia mengutuskan Dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri,
Yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran Yang
membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari
iktiqad Yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah
(pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). dan Sesungguhnya
mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah Dalam kesesatan Yang nyata.
Wow!
Surah ini amat powerfull sekali menjelaskan kepada kita bahawa, situasi
manusia sebelum datangnya peringatan dari Al-Quran dan nabi adalah jauh dari
persepsi yang sebenar tentang hakikat kehidupan ini. Malah, sememangnya benar,
apa yang diturunkan menerusi wahyu adalah mengajar manusia tentang satu
kepastian yang benar-benar pasti dalam dunia yang penuh dengan kesementaraan.
Sebagai
contoh mudah, sebelum anda membaca dan mengkaji Al-Quran atau hadis, apakah
yang anda fikirkan? Apakah sudut pandang anda tentang dunia? Pasti berbeza
bukan?
Menurut
Imam Nasai’e, “Sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah kitab Allah dan
sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad saw”.
Menurut
Rahis Bin Raja Jamaludin di dalam kitabnya bernama 40 Hadis tentang Ihsan ada
menerangkan bahawa;
Perkataan
“al Huda’ boleh dibaca dengan Hadyu ataupun Huda menurut Imam al-Qurtubi. Jika
dibaca dengan Hadyubeerti manhaj atau jalan Rasulullah saw. Ia merujuk kepada
jalan maknawi iaitu metodologi atau manhaj Rasulullah saw. Jika dibaca dengan
Huda beerti petunjuk Rasulullah saw. Maka, boleh dibaca dengan kedua-dua bentuk
kerana maknanya hampir sama
Boleh
anda memahaminya dengan baik? Mari saya mudahkan untuk kefahaman pada tingkat
yang lain. Kesimpulan mudah dari petunjuk Al-Quran dan hadis ialah, sesiapa
yang tidak menjadikan panduan Rasulullah saw sebagai petunjuk beerti telah
melakukan penyelewengan kerana panduan Rasulullah saw adalah panduan yang
lengkap merangkumi aspek kehidupan. Sheikh IbnQayyim Al Jauziyyah berkata dalam
kitabnya Thoriq Al hijratain yang membawa maksud:
Jalan-jalan
semuanya tertutup melainkan jalan yang mana seseorang itu mengikuti jejak
Rasulullah saw
Wow!
Semakin serius ini! J
Adakah
teori-teori, formula dari Barat tidak boleh diambil sebagai jalan menuju
kejayaan? Jawapannya adalah; bukan semua, tetapi harus disertai sikap yang agak
selektif dalam urusan mengambil sesuatu sebelum dijadikan prinsip, terutamanya
yang melibatkan kepercayaan (belief).
No comments:
Post a Comment