Jika kita ambil sebilah pisau, dan perhatikan fungsi utama
pisau. Pisau adalah suatu alat bantu dan boleh dikategorikan sebagai teknologi
untuk memotong. Nilai atau value yang
ada pada pisau ini boleh bertukar-tukar bergantung kepada manusia yang
menggunakannya. Jika manusia itu waras dan akalnya cerdas, mereka akan
menggunakan teknologi pisau itu untuk memotong perkara yang sepatutnya seperti
memotong sayur, memotong daging. Tetapi, jika manusia yang menggunakan pisau
itu mabuk, nilai atau value yang ada
pada pisau itu mungkin amat merbahaya sekali. Orang yang sedang mabuk, apabila
memegang pisau, maka pada pandangan anda, apakah orang mabuk ini akan lakukan
terhadap pisau itu?
Nilai pada teknologi adalah bergantung kepada manusia yang
menggunakannya. Jika ia dalam keadaan yang waras, teknolgi akan memberikan
kesan yang baik. Tetapi jika tidak, teknologi akan memberi kesan yang nagetif!
Di Amerika Syarikat, satu penelitian khusus telah diberikan
perhatian yang amat serius. Mereka berhadapan dengan manusia yang sudah mabuk
dengan teknologi. John Naisbitt, penulis buku High Tech High Touch menyatakan
bahawa, rakyat Amerika sudah memasuki era mabuk yang amat tinggi terhadap
teknologi. Mereka seolah-olah dimanjakan dengan teknologi yang memberikan
mereka satu zon keselesaan kesan dari teknologi. Kata John Naisbitt di dalam
bukunya;
‘ Rakyat Amerika sudah mabuk dengan teknologi. Kita menjadi
manja disebabkan pelbagai keselesaan hidup yang dihasilkan oleh teknologi.
Kita terpesona dengan peralatannya, bergantung padanya sebagai teman setia,
ketagih dengan saluran hiburan yang dibawanya secara berterusan, tergoda
dengan segala janjinya, serta kagum dengan kuasa kepantasannya. Teknolgi
membawa keseronokan fizikal dan mental kepada kita, tetapi kemabukan kita
terhadapnya membuatkan jiwa kita kosong dan mendorong lita meningkatkan
usaha mencari maksud kehidupan’
John Naisbitt, High Tech High Touch
|
Bukankah itu petanda yang amat buruk kini melanda dunia
pertama Amerika? Bukankah negara itu negara yang hebat dari sudut teknologi?
Apakah mereka tidak bahagia dengan teknologi?
Hati-hati dengan teknologi! Jangan sesekali biarkan diri
anda menjadi mabuk dan buta dengan tujuan kita hidup dimuka bumi ini. Inilah
penyakit dan punca utama manusia di abad ke 21 ini merana sakit jiwa kerana
mereka tidak menemukan persoalan dan jawapan WHY dan WHAT. Anda
bayangkan, di Amerika, sejak mereka dilahirkan sehinggalah mereka berumur 12 tahun,
rata-rata mereka sudah melihat atau menonton televisyen yang berunsurkan
keganasan lebih dari 30 kali. Anda bayangkan, apakah nilai yang cuba di
tanamkan oleh teknologi yang ada pada hari ini?
Teknologi yang menggoda remaja dan kanak-kanak seperti computer games mampu membuatkan dunia khayalan yang amat jelas sekali!
Bunyi, warna, tones dan pelbagai lagi
corak yang menarik, telah berjaya menipu dan memabukkan mereka sejak dari kecil
lagi! Apakah nilai yang cuba ditanamkan oleh teknologi hari ini?
Jika nilai khayalan, godaan, janji-janji palsu yang
dihidangkan oleh teknologi dengan tujuan perniagaan atau business semata-mata, selari dengan perkembangan ekonomi semasa
negara, maka manusia akan hilang jati
diri, matlamat serta misi sebenar mereka berada di muka bumi ini kerana
teknologi telah memesongkan cara berfikir yang bersifat real! Katakan kepada saya, adakah ini satu kebaikan atau permulaan
kepada kebinasaan manusia itu sendiri?
Zon mabuk ini memberi kesan kepada kekeringan rohani atau spiritual manusia. Kekeringan jiwa
menyebabkan mereka mencari-cari apakah penawar atau ubat yang mampu membasahi
jiwa mereka yang selama ini telah kering akibat tipu daya serta kemabukan
teknologi yang berkembang. Jelas nyata bahawa, nilai pada teknologi telah berubah
dari yang positif kepada impak yang membahayakan kepada jiwa manusia.
Menurut ketua Biskop Randolph W. Sly dari Gereja
Charismatic Episcopal mengatakan bahawa, rakyat Amerika sudah mula tercari-cari
makna kesejahteraan serta kebahagiaan jiwa yang mampu menghidupkan nilai atau spiritual mereka. Ketua Biskop itu
berkata;
‘Kita
hidup pada zaman yang menyaksikan manusia bukan hanya kembali kepada agama
purba, tetapi mereka juga menjadi lebih mistik. Mereka cuba mencari yang
lebih tinggi, lebih dalam, lebih besar dan lebih hebat! Sesuatu yang dapat
menyatukan mereka dengan sesuatu yang lebih besar daripada diri mereka
sendiri’
|
Aneh bukan? Negara yang selesa dengan teknologi, tidak
merasakan ketenangan yang tinggi sepanjang hidup mereka. Namun yang demikian,
apakah makna semua ini? Apakah mesej yang telah kita fahami terhadap ledakan
teknologi marteial pada hari ini? Bukankah itu satu penderitaan yang di alami
oleh manusia yang tidak dapat menjawab persoalan WHY dan WHAT
tadi?
Persoalan
|
Menjawab
|
WHY
|
Tentang kehidupan mengapa kita diciptakan?
Mengapa kita berada di sini?
Untuk apa kita dihidupkan?
|
WHAT
|
Apakah yang harus saya lakukan?
Apakah peranan saya di sini?
Ke mana saya harus bergerak?
Jalan apa yang harus saya lalui?
|
No comments:
Post a Comment