Saturday, 9 February 2013

Kuasa Memberi Air Minuman

Bulan ini adalah bulan kajian dan pembacaan saya tentang cerita-cerita benar mengenai KUASA SEDEKAH-Apabila menekuninya dengan hati-hati, satu persatu pada setiap perkataan, ia benar-benar memberi inspirasi dan keyakinan kepada diri saya secara peribadi.

Saya ingin kongsikan kisah benar yang disampaikan oleh Anas, tentang kisah ahli neraka yang keluar begitu sahaja dengan kuasa sedekah! Rasa seperti tersentak hati ini saat ketika memahami, betapa tingginya sifat Rahim Allah kepada hambaNya!~ MasyaAllah. Rasa ingin menangis!

Kisahnya tentang;

Pada hari kiamat, ada seorang lelaki penghuni syurga melihat penghuni neraka. Penghuni neraka itu memanggilnya; 'Wahai si Fulan, apakah engkau mengenaliku?' Penghuni syurga ini menjawab,

'Tidak. Siapa engkau?' Penghuni neraka itu menjawab;

'Saya adalah orang yang pernah engkau singgahi di dunia dan engkau meminta air minuman dan kemudian aku memberinya kepada engkau'. Penghuni syurga berkata;

'Ya! aku kenal engkau!'

Kemudian, penghuni neraka itu berkata;

'Mintalah syafaat kepada Allah dengan minuman itu untuk nasib ku sekarang!'

Penghuni syurga itu  meminta syafaat kepada Allah dan Allah mengabulkan permintaannya dan mengeluarkan penghuni neraka itu dari neraka (HR Anas)

Subhanallah, bagaimana keadaan kita kelak di sana? Sudahkah kita melakukan satu perkara, pekerjaan atau apa sahaja yang mana ia bakal menjadi alasan untuk kita meraih rahmat Allah di sana nanti?

Fikirkan dan laksanakan sesuatu sekarang, apakah aktiviti, pekerjaan yang baik, bakal anda lakukan kepada orang lain? Dan niatkan, inilah amalan yang aku lakukan ikhlas kerana Tuhanku Yang Maha Melihat!


Syamil Yusuff 2013

No comments:

Post a Comment