262. orang-orang Yang membelanjakan
hartanya pada jalan (ugama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa Yang
mereka belanjakan itu Dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan
tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak Yang diberi), mereka beroleh
pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya
kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan
berdukacita.
264. Wahai orang-orang Yang
beriman! jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu Dengan perkataan
membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal
sedekah) orang Yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada
manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. maka
bandingan orang itu ialah seperti batu licin Yang ada tanah di atasnya,
kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak
bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang Yang kafir dan riak itu)
mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa Yang mereka usahakan.
dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum Yang kafir.
Lagi petunjuk bahawa, kita mempunyai hubungan yang kuat dengan Tuhan atau tidak adalah, bahasa apakah yang terkeluar dari mulut kita? Bentuk bahasa badan yang bagaimana telah kita tunjukkan kepada si penerima? Dan bentuk bahasa mata apakah yang telah kita pamerkan?
Semua yang ada pada diri kita ini mempunyai kod bahasa yang tertentu. Ia mampu difahami oleh semua manusia. Dan setiap mesej yang dihantar kelak, akan dihantar ke hati dan kemudian diproses untuk memahami, apakah bentuk respon yang harus ditonjolkan.
Pengalaman saya bertanyakan sendiri kepada seorang anak muda yang terpaksa meminta sedekah untuk membantu ibunya yang sakit. Apbila ditanya, beliau sendiri mengatakan tidak suka melakukan hal ini kerana malu. Tetapi desakan situasi, beliau terpaksa juga melakukannya kerana serba sedikit mengurangkan tekanan psikologi untuk membantu ibunya.
Keadaan seperti ini, jika dilayan dengan bahasa kasar dari kita, maka ia adalah satu perbuatan yang kurang baik. Jadilah anda sebagai pendengar yang baik dan kemudian, set-kan di hati anda, pemberian ini adalah kerana Allah dan bukan kerana manusia memandang apa yang kita lakukan.
Jika kita memberi dengan bahasa yang lembut dan ada komunikasi yang baik dengan si peminta, maka ia juga adalah petunjuk hati serta persepsi anda bebas dari belenggu!
# Kadangkala, ada orang berkata, 'depa ni ada group ni. tak payah layan' - saya tanya kembali, berapa kali kita jumpa mereka semua ini? dan berapa kali kita memberi sedekah kepada golongan yang benar-benar memerlukan?
# Hati kita juga boleh merasa, mana yang benar-benar memerlukan dan mana yang kurang. Gunakanlah hati yang bersih untuk merasa. Ia membawa anda ke satu daerah yang dinamakan kebahagiaan dalam memberi!
No comments:
Post a Comment