Subhanallah, fokus mata pada surah An Nisa' ayat ke 46. Jelas menerangkan tentang sikap orang-orang Yahudi. Perasan berasa suci dan kaum yang dijanjikan syurga, tetapi sebenarnya tidak. Namun yang demikian, mari kita selami apa mesej disebalik kisah yang berlaku terutamanya sikap pada kaum ini. Secara kesimpulannya, Ibnu Abbas menyatakan bahawa surah ini Rifa'ah Bin Zaid merupakan tokoh Yahudi yang sering bermain lidah dengan Rasulullah saw. Kemudian, ayat ini diturunkan bagi menerangkan kepada kita bahawa orang Yahudi merupakan musuh besar agama.
Mari kita fokus kepada sikap mereka yang sering berinteraksi dengan mindanya (Orang Yahudi). Ringkasnya dari tafsir Ibnu Abbas;
i) Pembela Yahudi seperti Malik bin Ash Shaif dan para pengikutnya suka merubah perkataan dari tempat-tempatnya; merubah informasi tentang sifat dan perilaku nabi Muhammad saw - Menurut Quraish Shihab (Pakar tafsir Indonesia), yahudi mengubah ayat seperti hukuman rejam pada penzina ditukar hanya dipukul. Mereka mendengar kata pesan nabi. Kemudian mereka mengolah semua yang di dengarkannya itu dengan fakta yang salah kepada orang lain.
ii) Mereka (yahudi) datang kepada nabi dan berkata; Kami dengar ucapanmu tetapi kami tidak mahu dengar! (Engkar)
iii) Mereka (Yahudi) menyatakan apa yang ada di dalam hati mereka kepada nabi dengan berkata; 'Raa'ina~ Dengarkanlah kami wahai Muhammad! Yang membawa maksud dalam bahasa orang Yahudi - Aku dengar lalu aku tidak aku dengar! ~ Mereka ingin mengajak semua (pengikut nabi & serata penduduk Mekah) masuk agama Yahudi
Point (i) adalah sikap minda Yahudi untuk melakukan proses yang dinamakan DISTORTION - Pengherotan fakta/ kebenaran
Point (ii) pula dinamakan DELETION. Menafikan dan menghilangkan apa yang diterima
Point (iii) pula GENERALIZATION; Menjadikan semua yang disampaikan oleh nabi Muhammad saw adalah bersifat umum dan tiada nilai berbanding apa yang mereka (Yahudi) bawakan seperti apa yang mereka telah ubah dalam taurat!
Inilah 3 filter asas dalam minda manusia. Allah swt telah menerangkan kepada dunia neurologi bahawa apa yang masuk menerusi deria pancaindera manusia akan dan boleh mengalami 3 situasi ini.
Contoh mudah;
Deletion ~ Berapa banyak fakta/ ilmu yang telah kita fahami dan kuasai setelah pulang dari kelas/ kuliah? Pasti banyak yang telah atau 'terdelete' secara sengaja @ tidak
Distort ~ Berapa banyak fakta/ info telah kita sampaikan kepada orang lain benar-benar mencapai 100% dari peristiwa benar yang telah kita lihat, dengar dan rasa? Pasti ada kekurangan pada perkataan kita bukan?
General ~ Banyak perkara yang telah kita umumkan seolah tiada apa yang penting dan ia menjadi biasa. Kadangkala ia tidak boleh dipercayai 100%! Contoh ayat mudah; semua lelaki sama saja! :) (ayat pesimis)
Inilah yang telah jelas lagi terang bersuluh akan apa yang berlaku diminda manusia. Ia telah dijelaskan menerusi TRUE STORY. Subhanallah, tidakkah kita juga sering melakukan proses penapisan fakta, ilmu, informasi dan sebagainya? Bagaimana minda kita dengan Al-quran? Ibadah? Zikir? dan sebagainya?
Ada yang berkata
i) Ah, solat sunat aje. Sunat kan? (General)
ii) Sembahyangkan boleh lewat-lewatkan kan? Sunah nabi apa lewatkan zohor,isyak (Distort)
iii) Buat apa baca Al-Quran kalau asyik salah je. Kena tegur salah sana sini. Penatlah Malaslah! (Delete)
dan banyak sekali info akhir anda disaring oleh 3 penapis minda ini. Ingatlah, semua ini ada pada diri manusia. Kuasai minda anda saat anda mula berasa 'going backward' dari Tuhan. Ini adalah kerana minda 'Yahudi' sedang bermain di minda! Nauzubillah!
No comments:
Post a Comment