Satu kes yang pernah saya kendalikan ialah bersama dengan pemudi yang mempunyai sikap agak agresif dan kadangkala diluar norma atau belazim. Saya mulakan soalan padanya; Adakah awak sayangkan keluarga? Ibu ayah? Adik beradik? Beliau senyap dan tidak memberi respon. Saya terus berkata, awak mesti membenci mereka bukan? Beliau mengalirkan air mata dan wajahnya menunduk kebawah; tanda sedang merasai emosi terpendam sekian lama. Saya mengunjurkan lagi soalan untuk mendapatkan respon. Akhirnya beliau berkongsi tentang apa yang beliau alami dan akhirnya ia menjadi satu set prinsip dan keyakinan hidup. Tapi, apa yang berlaku dengan hidupnya? Kezaliman....
Hati-hati dengan set prinsip hidup yang kita pegang selama ini. Segala bentuk atau corak kehidupan yang kita miliki hari ini adalah bersandarkan 100% terhadap apa yang kita yakini (believe). Jika kita yakin bahawa
i) rokok mampu membuatkan kita rasa lega. Maka itulah 'life' kita.
ii) Jika kita believe bahawa ibubapa tidak menyayangi kita, maka lihatlah apa respon dan tingkahlaku serta bahasa kita pada mereka.
iii) Jika kita percaya bahawa menuntut ilmu itu tidak penting, maka lihatlah kelakuan kita.
iv) Jika kita yakin bahawa kita tidak ada harapan untuk berubah dan berasa bahagia, maka itu akan memenjarakan diri anda walaupun anda bebas bergerak!
v) Jika kita percaya bahawa agama itu tidak penting, maka lihatlah kerakusan kita dalam kehidupan ini!.
vi) Jika kita percaya bahawa tiada harapan untuk anak/remaja/ manusia lain berubah, maka tiada apa yang berbeza
vii) Jika kita percaya bahawa dengan memukul, anak akan ikut dan akur dengan perintah ibubapanya, maka kita lihat apa yang anak itu akan perlakukan semula pada kita
ix) Jika kita percaya bahawa anak murid kita di kelas belakang ini akan hancur hidupnya dan tiada harapan untuk berjaya, maka lihat sajalah sikap guru itu pada anak muridnya sendiri!
x) dan jika kita percaya bahawa kita gagal dan tidak akan berjaya dalam apa yang kita sedang lakukan, maka lihatlah diri sendiri, duduk dan tidak berbuat apa2!
WE BECOME WHAT WE FEEL & THINK ABOUT. Kita adalah apa yang kita rasa dan fikir. Semua elemen rasa dan fikir akan menjadi satu sauh yang sangat kuat mengikat kita pada satu situasi psikologi. Jika kita menyauh diri kita dengan rasa dan fikir yang menyakitkan, maka set kepercayaan itu akan menjadi satu set kehidupan kita buat selamanya.
Tiada yang boleh mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri. Jika ingin ubah diri ini kepada apa yang kita impikan, maka lihat dan renungkanlah apakah set kepercayaan yang telah kita pegang dan bina selama ini. Adakah berbaloi untuk diwarisi sehingga kita menghembuskan nafas terakhir? Mati dalam keadaan menyesal tidak sudah? Wow, itu amat menyakitkan....Mengapa pilih untuk sakit? Bukankah kita boleh memilih untuk 'terbang' bagaikan burung di angkasa?
Mari kita renungi, mengapa begitu penting untuk kita melihat dan memahami sistem kepercayaan ini? Di dalam Al-Quran, surah menarik unutk kita kita hayati ialah pada surah An Nisa' ayat ke 60-61. (rujuk terjemahan). Secara singkatnya, pakar tafsir ada menerangkan bahawa, orang-orang munafik (orang yang rapuh dengan set prinsip kehidupan), sentiasa berubah-ubah nilai (values) dirinya dengan adanya 50-50 set prinsip hidup. Mereka akan menyatakan Islam jika ada kepentingan diri dan menyatakan disebaliknya pula apabila mereka terpaksa mengorbankan dirinya (tenaga,harta dsb). Apakah tindakan orang-orang munafik ini? Jawapannya mudah, secara psikologinya, mereka ini terpaksa berlakon, talam dua muka, tidak loyal dengan apa yang mereka lakukan, tidak serius dan sentiasa bersikap pesimis. Inilah antara sifat dan karakter orang munafik (orang yang tidak mempunyai set kepercayaan yang solid).
Pergolakkan inilah yang dinamakan inner conflicts. Mereka berubah-ubah sikap dan bahasanya kerana di dalam hati dan fikiran mereka tidak ada tempat bergantung yang kukuh. Akhirnya mereka menonjolkan sikap seperti tadi.
Apakah refleksi dengan set kepercayaan?
Refleksi terbesar disebalik tafsir surah diatas ialah, orang munafik merupakan manifestasi kepada golongan manusia yang tidak yakin, tidak serius, tidak fokus dan tidak optimis dengan apa yang sedang mereka lakukan. Akhirnya, mereka (karakter munafik), menzalimi diri sendiri!
Apa yang terjadi pada karakter, bahasa, fisiologi, psikologi kita apabila kita melakukan sesuatu itu dengan adanya 50-50? Tidak ada anthusiasme? Tidak semangat? Kadangkala kita mengatakan pada diri sendiri, kenapalah aku buat semua ini? Kalau aku tahu awal-awal lagi kan senang!? Dan sebagainya bahasa yang pesimis. Bukankah semua ini adalah berbalik kepada set prinsip diri tadi? Yes, apa yang anda percaya dan betapa tinggi dan intensnya keprcayaan anda itu akan refleks semula kepada fisiologi, bahasa dan values kita!
Renungilah lagi pada ayat ke 61. Disaat Rasulullah saw mengajak orang yang 50-50 ini agar RE_ENGINEERING semula sistem kepercayaan mereka, mereka tetap memilih cara dan set prinsip hidup yang lama! Bukankah itu semua merugikan? Kadangkala tidak semua yang kita harus percaya itu dapat dilihat dengan mata kasar! Bukan juga didengar dengan jelas di dunia ini. Ia perlu dirasai dan dihayati dengan kadar yang tinggi dan memecahkan kebuntuan lama kepada baru. Semua ini akan membawa kita ke dimensi yang baru dan segar! Re-Engineringkan semula set prinsip kepercayaan (believe) kita disaat kita berada dalam situasi psikologi yang rendah.
Lihatlah pada saat Rasul mengajak orang munafik ke arah positif (sistem kepercayaan positif), mereka menolak secara batin (tidak bersuara-inner conflicts).! Pilihan berada di tangan anda! Pilih dan lakukanlah apa yang anda inginkan dan bukan apa yang anda tidak inginkan! Fokus dikawal oleh soalan (Focus control by questions). Tanya dan tuliskan semula semua set prisip kepercayaan racun (Poison Believe) kita. Kemudian, lahirkan dan nyatakan Honey Believe kita pada kertas dan rasailah perubahan pada diri kita yang baru!
# Kisah pemudi tadi, beliau mengaku, dia menyimpan poison believe selama ini. Dan mampu melahirkan honey believe yang baru saat beliau mula sedar selama ini beliau salah dan tersilap mengambil set kepercayaan dalam hidupnya!
Syamil Yusuff
Ogos 2012
No comments:
Post a Comment