Ramai yang bersependapat bahawa untuk menjadi orang yang lebih baik dan lebih dekat pada Tuhan dan agama ialah merujuk kepada datangnya hidayah kepada mereka. Persepsi ini telah diceritakan dan disampaikan oleh semua yang pernah mendengar akannya dari ustaz, ustazah, kenalan dan sebagainya. Hal ini berlarutan sehingga menjadi 'limpahan berfikir'. Akhirnya, ada yang mengatakan
i) Bila diingatkan supaya menutup aurat ada golongan mengatakan; hidayah belum sampai
ii) Bila diajak membuat kebaikan, mereka berkata; hidayah belum sampai kepadaku
iii) Bila dijemput untuk belajar tentang agama yang benar, mereka kata, saya sedang mencari-carinya
iv) dan bermacam lagi
Semua ini adalah satu bentuk escapism. Mengelak serta mempunyai satu set pemikiran yang tidak optimis dan sering menyalahkan di 'luar diri'. Bagaimana dengan apa yang ada di dalam diri sendiri? Adakah semua bentuk keraguan dan was-was telah diberikan pencerahan? Atau tidak melakukan apa-apa? Hanya sekadar untuk menarik perhatian orang ramai? atau apa?
Ulama tafsir ada menjelaskan bahawa, hidayah ini terbahagi kepada 2 pecahan. Pertama dinamakan hidayah irsyad; menerima sesuatu ajaran menerusi orang yang sudah menerima hidayah kemudian mereka tahu dan maklum akan kewujudan agama Islam itu. Mereka (orang bukan Islam) tahu bahawa Islam itu adalah agama dari Tuhan dan dibawa serta diajarkan oleh Nabi Muhammad saw. Antara dalil yang menerangkan hal ini ialah seperti di dalam surah Asy Syura (42):52 dan surah Fushshilat (41):17. Secara mudahnya, hidayah irsyad ini hanya berkitar pada dimensi intelektual (knowledge) sahaja. Kelemahan hidayah ini (bukan bermaksud hidayah itu lemah tetapi merujuk kepada manusia yang menerima tahap hidayah ini) ialah, manusia masih lagi mempunyai sifat skeptikal, ragu-ragu dan banyak konflik dalaman.
Kedua, hidayah taufik. Ia merupakan petunjuk keagamaan yang disertakan dengan anugerah unutk melakukan serta melaksanakan dengan penuh Ihsan akan semua kandungan hidayah tersebut tanpa ada sifat ragu-ragu atau was-was serta berkeyakinan tinggi. Hidayah tahap ini adalah turut merujuk kepada kesediaan dan terbukanya hati-akal mereka untuk menerima set prinsip hidup yang baru. Tanpa ada kesediaan serta kemahuan yang tinggi, maka hidayah ini tidak akan dimiliki oleh manusia!
Hidayah sangat berkait rapat dengan persediaan psikologi. Memang benar sekali. Tanpa ada rela dan sikap positif, manusia tidak akan mendapat petunjuk. Hal ini ada diterangkan di dalam Al-Quran, surah Al Qashash ayat ke 56 yang bermaksud
Sesungguhnya engkau tidak akan dapat memberi hidayah kepada orang yang engkau cintai, tetapi Allah memberi hidayah kepada orang-orang yang dikehendakiNya dan Dia lebih mengetahui tentang orang-orang yang mahu menerima petunjuk.
Ibnu Abbas ada menerangkan secara eksplisit tentang ayat ini. Asbabul nuzul ayat ini ialah peristiwa Baginda saw ingin mengajarkan kepada Abu thalib kalimah syahadah. Namun,usaha itu gagal kerana terdapat keraguan di FIKIRAN Abu Thalib. Beliau ada mengatakan; Sekiranya aku tidak takut wanita-wanita Quraisy akan mencelaku dengan mengatakan bahawa aku beriman kerana terpaksa, tentu aku akan mengucapkannya dengan kesaksianmu!
Bukankah ucapan terakhir Abu Thalib ini merupakan satu bentuk keraguan? Apa kesannya? Tidak mengambil ACTION yang benar! Iaitu mengucap kalimah syahadah! Bayangkan, sifat psikologi ragu-ragu ini masih boleh bertahan walaupun nyawa di hujung tanduk! Apatah lagi jika manusia fikir bahawa mereka ini akan hidup lama!
Apakah yang dimaksudkan dengan sifat ragu-ragu?
Ragu-ragu adalah sebuah sikap bimbang, kurang percay atau yang lebih dalam maksudnya
Ragu-ragu adalah sebuah sikap yang mencerminkan kebingungan untuk
melakukan suatu pilihan, membuat keputusan, dan kebimbangan terlalu terperinci dan mempunyai sikat hati-hati dalam memberi makna terhadap
risiko yang bakal diambil. Sikap terlalu 'over' hati-hati pada akhirnya akan membuat
seseorang itu tidak akan berani melangkah. Atau akan terus hidup diliputi dengan keraguan.
Bukankah kita sentiasa berada dalam situasi seperti ini dalam setiap keputusan?
Bukankah kehidupan ini merupakan sebuah pilihan?
Pilihan yang biasa menjadi dilema buat kita ialah seperti:
i) memilih calon passangan hidup
ii) memilih warna kereta yang baru ingin dibeli
iii) memilih buku kerana harga
iv) memilih sayur-sayuran. Yang mana tiada guna racun dan sebagainya
v) memilih warna baju untuk event yang bakal dihadiri
dan sebagainya pilihan termasuklah memilih agama mana yang terbaik untuk saya?
Semua itu adalah sebuah pilihan. Pilihan ini adalah penentu sebuah perjalan kehidupan. Jika anda memilih kanan, maka ruang dan masa bagi situasi kanan, pasti akan kita tempuhi. Begitu juga dengan pilihan kiri. Time & space pasti menjadi satu suasana harus ditempuhi.
Bagaimana ragu-ragu boleh diatasi?
Ia boleh dirawat dengan SOALAN. Ragu-ragu boleh dicerahkan menerusi soalan. Tanyalah soalan-soalan yang ada di dalam hati dan minda bagi memastikan sifat itu dihancurkan. Jika kita melakukan atau memilih sesuatu perkara dengan masih ada wujudnya sifat ragu-ragu, kita akan merana (suffer)!
Pilihlah hidayah taufik iaitu hidayah yang berorientasikan tindakan (Action oriented). Tanpa action, kita hanya berlegar pada dimensi kesombongan intelektual. Hal ini samalah seperi kaum yang telah pun diberikan kitab (kebenaran), tetapi mereka lebih suka dan senang dengan cara hidup lama (Rujuk surah 2:146). Hidayah taufik boleh dianalogikan seperti pengalaman kita semasa memakan makanan. Bayangkan semua makanan telah pun dihidangkan di atas meja, di depan mata anda. Adakah anda hanya lihat dan berkata; saya tahu makanan di hadapan mata! Atau anda ACTION? Sudah pastinya anda akan mengambil satu keputusan dengan adanya orientasi tindakan berstruktur - basuh tanga dahulu, ambil pinggan, ceduk nasi, ambil kuah lauk dan kemudian menyuapkannya dimulut! Itulah hidayah taufik! Tahu kewujudan 'makanan' dan 'makan'!
Tunggu apa lagi? Masih ragu-ragu dengan agama yang murni dan benar ini?
Syamil Yusuff
Ogos 2012
No comments:
Post a Comment