Justeru, inilah punca utama manusia jatuh sakit pada dirinya. Mereka ada menyatakan;
i) saya tak boleh ubah cara saya
ii) saya cuba untuk tidak melakukannya lagi tapi terbuat lagi
iii) saya sudah berusaha menyembuhkan ketagihan saya tapi tidak hilang2 juga
dan bermacam lagi

Jika kita sedang berada pada situasi 'bersalah', lakukanlah sesuatu agar fokus mental anda berubah. Saat anda terasa gelojak di dalam diri dan minda anda mula memainkan dan memaparkan imej lama yang menghambat anda untuk melakukan tabiat atau pekerjaan yang negatif, maka lakukanlah sedaya upaya mengubah akan apa yang sedang anda fokuskan. Ia memerlukan latihan dan kadangkala cuba-jaya. Namun teknik ubah fokus di minta adalah berkesan untuk mereka yang mula sedar bahawa apa yang sedang anda alami tidak sampai ke penghujung.
Lakukanlah sesuatu untuk ubah fokus mental anda. InsyaAllah ia mampu mengajak diri sendiri untuk melakukan hal yang lain berbanding perkara yang anda sendiri tidak mahu melakukannya lagi.
Mohonlah kepada Tuhan agar Allah mampu memberikan taufik!
Wallahualam
Syamil Yusuff
Ogos 2012
No comments:
Post a Comment