Sewaktu saya
di universiti, saya sempat mengikuti kursus usahawan muda yang di sediakan oleh
pihak universiti. Pelbagai bentuk kursus yang menarik ditawarkan dan semuanya
adalah membantu pelajar universiti ini
agar mempunyai minda keusahawanan yang berdaya saing. Sewaktu kursus
yang terakhir pernah saya hadiri, seorang penceramah jemputan dari fakulti
perniagaan ada melontarkan satu soalan kepada semua peserta. Beliau bertanya, “Apakah
modal terpenting dalam business?”.
Semua
peserta terdiam sebentar dan ada yang cuba memberikan jawapan. Antaranya
jawapan yang diberikan peserta ialah modal, barangan, produk, jenama dan
pelbagai lagi. Namun, semua jawapan yang diberikan tidak dipersetujui oleh
penceramah. Akhirnya, penceramah itu memberikan jawapan dengan santai, “Modal
terpenting sekali dalam perniagaan ialah diri anda sendiri! Tanpanya, tiada
business! Tiada transaksi, tiada produk, tiada barangan semuanya tiada sama
sekali!”. Semua peserta mengangguk kepala seolah-oleh bersetuju dengan idea
di luar kotak kebiasaan.
Diri anda
adalah modal terpenting dalam kehidupan. Bukankah begitu? Lalu, apakah modal
yang ada pada setiap manusia? Cuba anda renung dan lihat semula pada diri anda
sendiri. Dari hujung kaki hingga ke hujung rambut. Semua yang anda lihat pasti
berupa fizikal. Namun, apa pula di sebalik fizikal anda? Otak? Darah? Daging?
Jantung? Naluri? Dan sebagainya bukan? Yes, itu semua adalah modal dasar
manusia!
Secara
sederhana, potensi sebenar manusia berdasarkan istilah kontemporari ialah
i)
Physical Quotient
ii)
Intellectual Quotient
iii)
Emotional Quotient dan
iv)
Spiritual Quotient
Quotient atau
kecerdasan ini merupakan satu kayu ukur yang menilai dimanakah atau berapakah
nilai kecerdasan anda dalam menjalani kehidupan seharian anda. Cara anda
menyelesaikan sesuatu isu atau masalah. Cara anda respon atau bertindak dan
seumpamanya, semuanya mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza. Namun yang
demikian, kajian di barat, akhirnya telah mengeluarkan teori dan instrumen khas
dalam menentukan tahap kecerdasan ini. Tetapi, bagi saya, semua ini adalah
masih subjektif dan tidaklah begitu penting. Yang paling penting di sini
(sekarang) ialah, bagaimana anda berinteraksi dengan semua kecerdasan yang
telah di-built in dalam diri anda? Kedua, di mana dan untuk apa anda
menggunakan semua ini? Dan yang terakhir, sudahkah anda menggunakan semua
kecerdasan ini pada tahap yang optimum dalam proses menuju kejayaan yang anda
impikan?
Semua
potensi dahsyat ini mampu membawa anda ke mana-mana sahaja yang ada inginkan.
Ibarat seperti kapten yang menentukan ke mana arah perjalanan kapal harus
dituju. Anda boleh membawa diri anda ke satu daerah yang menguntungkan, membahagiakan,
tenang dan apa sahaja yang positif atau di sebaliknya. Semua ini adalah
berpunca dari keputusan yang bakal anda tentukan dengan menggunakan
keempat-empat potensi P (Physical) – I (Intellectual) – E (Emotional) – S
(Spiritual) anda secara serentak dan bukan terpisah-pisah.
Namun yang
demikian, kita harus akui bahawa, Allah swt telah menciptakan manusia dengan
sebaik-baik ciptaan, bentuk dan keadaan. Secara fizikalnya dan non-fizikal,
manusia diberikan otak yang menjana fungsi akal, hati (qalb) yang
mencetuskan nilai dan fizikal tubuh badan yang berperanan sebagai agen
penggerak atau action dalam sistem mikrokosmos ini. Inilah modal dasar
manusia yang harus anda gunakan untuk membayar kejayaan yang bakal diciptakan!
Namun, semua
potensi ini boleh ‘terbantut’ tumbesarannya jika kita masih mempunyai mental
block yang besar di dalam minda dan hati di saat melihat orang lain berjaya
dalam apa yang mereka perolehi (tidak kira apa bentuk hasilnya), kita akan berkata-kata
di dalam hati dengan mengatakan:
i)
Dia ni mesti ada cable baik punya!
ii)
Nasib je!
iii)
Ada modal lebih, ada lah tu dia melabur
mana-mana spy!
iv)
Aku ni lemah! Tak macam dia, pandai!
v)
Dia anak orang kaya. Bolehla dia dapat
untung!
vi)
Aku anak orang kampung. Dia orang bandar.
Mana sama!
Dan
bermacam-macam-macam lagi sikap prasangka negatif pada diri sendiri yang tiada
kesudahan. Semua ini ibarat racun yang merosakkan modal dasar anda dari terus
bertunas dan berbuah! Ingat, modal fikiran dan hati adalah modal dasar manusia
dalam menentukan kejayaan yang bakal dimiliki. Jika prasangka anda masih di luar
landasan yang terompahtnya, maka, anda akan melihat sendiri kezaliman terhadap
modal dasar anda sendiri yang tiada manfaat apa-apa sedangkan ia mampu
‘bekerja’ di luar jangkaan!
Sebagai
contoh mudah, kisah Dato Syeikh al Bukhari. Seorang anak miskin yang akhirnya
mempunyai empayar perniagaan yang besar dan mampu memiliki kejayaan yang luar
biasa di kalangan orang Melayu. Kisah lain seperti anak muda Nik Nur Madihah.
Seorang pelajar cemerlang 20A. Digelarkan sebagai pelajar perempuan Melayu
Islam genius! Anda tahu bagaimana keadaan keluarganya? Seorang anak nelayan dan
hidup dalam serba kekurangan! Tetapi, telah mendaya-gunakan sepenuhnya modal
dasar dirinya untuk memiliki kejayaan pada kemudian hari dan akhirnya mengubah
nasib keluarganya sendiri! Dan banyak lagi cerita nasional dan internasional
yang memecahkan mitos karut minda yang mana manusia tidak boleh memiliki
kejayaan! Inilah pilihan yang telah diambil oleh mereka yang mampu meraih
pemilikan kejayaan yang sebenar dengan ‘membaca’, apakah nilai yang ingin
dimiliki.
Dan dalam
masa yang sama, ada juga manusia yang tidak tahu ‘membaca’ apakah nilai yang
harus mereka miliki. Pernah kita lihat di kaca televisyen, cerita rekaan atau
benar, tentang mereka yang berpendidikan tinggi, keluarga yang mewah dan
sebagainya. Dipenghujung destinasi kehidupannya, mereka adalah golongan manusia
yang derhaka kepada ibu ayah. Kehidupan yang mereka ciptakan penuh dengan ilusi
dan fantasi, menghabiskan usia dan waktu di kelab malam, menghabiskan wang
dengan pembaziran life style yang mahal dan sebagainya! Bukankah semua
ini merugikan modal dasar PIES anda? Oleh itu, tentukanlah dengan berhikmah
akan apakah bentuk fikiran, perasaan dan nilai yang harus anda miliki dan
digunakan agar anda menjadi insan yang benar-benar menghargai anugerah PIES
yang disediakan secara percuma ini dengan bertanggungjawab. Kerana, setiap
manusia akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang telah mereka lakukan di
dunia ini.
No comments:
Post a Comment