Pernahkah kita merasai pengalaman kehidupan dalam satu hari itu, seolah-olah kehidupan yang dilalui
mula hilang arah dan kadangkala tidak menentu. Apa yang sudah dirancang, sudah dibayangkan malah sudah ditulis, kadangkala menjadi kabur dan tidak mampu untuk dilaksanakan dengan sempurna. Apakah yang sedang berlaku kepada kita sebenarnya? Anda pernah alaminya? :)
Prinsip asas fungsi minda kita adalah 'kita adalah apa yang kita fokuskan'. Ya, prinsip ini sudahpun diketahui dan difahami ramai orang. Namun, kita masih lagi tertinggal satu bentuk informasi lain yang boleh membantu kita untuk tangani situasi di atas tadi.
Apabila kita mengalami situasi di atas, kita hanya perlukan 'silence' @ ketenangan hati. Ada apa ya dengan silence ini? Cara mudah untuk kita mengetahui samada kita mengecapi silence ini atau tidak ialah;
i) Mudah menyerah kalah atau mudah berputus asa
ii) Mengalami situasi yang dinamakan depresi yang amat tinggi dan kadangkala tidak mampu dikawal
iii) Kehilangan semangat untuk meneruskan agenda kehidupan
iv) Diri ini senantiasa dikuasai dengan energi yang negatif seperti marah, dendam, kebencian dsb.
v) Sentiasa melihat diri ini menjadi mangsa kepada seseorang dan keadaan
vi) Sabotaj diri sendiri
vii) Kehilangan kekuatan untuk melakukan ibadah dan terasa berat mengangkat kedua tangan utk
berdoa
viii) Hilang kepercayaan kepada Tuhan dan manusia
ix) Hati dan minda sentiasa mudah berubah-ubah fokusnya dan produktiviti harian semakin kurang
x) Sentiasa terbelenggu dengan kisah lampau - Kesakitan masa lampau dan ketakutan di masa depan
Bagaimana dengan kita pada hari ini? Adakah kita sedang mengalami salah satu tanda-tanda di atas? Atau bagaimana?
Persoalannya, jika ia berlaku kepada diri kita secara dalaman dan luaran, apa yang harus kita lakukan?
Mari kita renungkan firman Allah swt di dalam surah Ar Ra'ad ayat 11 yang bermaksud;
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya"
Subhanallah, memang benar sekali peringatan ini! Tidak ada orang lain atau benda lain di dunia ini mampu mempengaruhi dalaman kita melainkan kita sendiri yang mampu membentuk, menyentuh dan meredakannya. Kitalah yang mampu melakukan perubahan itu! Dan, perubahan ini memerlukan kekuatan yang spesifik! Benarkan?
Bukan mudah untuk melakukan sesuatu perubahan! Ya! Ada yang bersetuju dengan pernyataan ini.
Ops, nanti dulu! Jika kita sudah mengatakan sedemikian, maka sebenarnya kita sedang berperang dengan minda kita sendiri. Inilah langkah pertama sekali yang harus kita lakukan iaitu, melawan fikiran negatif atau hapuskan mitos-mitos diri yang menghambat atau mengikat kita untuk bebas dari belenggu. Inilah kekuatan yang kita perlukan untuk melakukan perubahan yang kecil atau besar! Bak kata Steven R. Covey; Jika anda inginkan perubahan yang kecil, lakukanlah perubahan pada luaran anda. Jika anda inginkan perubahan yang besar dan hebat, ubahlah cara anda berfikir!
BERHENTI & DUDUK SEJENAK UNTUK MERAIH SILENCE
Otak manusia berfikir lebih dari 60,000 kali sehari. Dan ia mudah berubah-ubah fokusnya. Disinilah titik pertama kita harus kuasai itu mengawal skema perubahan pemikiran. Berdasarkan kajian, sebanyak 80% dari 60 ribu tadi, manusia cenderung untuk berfikir negatif! Bukankah hal ini satu bentuk kerugian yang besar di dalam hidup kita?
Kita harus sedar, pemikiran akan membentuk polar emosi. Dan polar ini mudah ditukar kepada tindakan tertentu berdasarkan polar pemikiran dan emosi kita. Ingatlah kata ini; Kita adalah apa yang kita fikir dan rasa!...Sekarang, mari kita belajar untuk menguasai polar fikir dan perasaan kita dahulu supaya mampu meraih silence atau ketenangan hati agar kita mampu menjadi manusia yang produktif!
(bersambung)
No comments:
Post a Comment