Saya sibuklah!....
Eh, tak nampak ke orang tengah sibuk ni?!...
Tak faham ke aku tengah sibuk ni?!!....
Saya terlalu sibuk. Sampai tak sempat nak ke surau!
Sibuk sangatlah...Nak ambil pegang Al-Quran pun tak ada kesempatan....
Kerja di pejabat terlalu banyak sehingga dibawa ke rumah..tak sempat nak tengok anak-anak!!!
Akhirnya...nafas kita ditarik di saat kita sedang sibuk!!!! Sibuk apa ya?!!??
Sibuk..Memang perkataan yang sangat dekat dengan kita. Kadangkala, perkataan sibuk digunakan sebagai perisai untuk lari dari satu keadaan, seseorang dan pelbagai lagi. Inilah makna sibuk dalam kehidupan seharian kita. Disibukkan oleh sesuatu, lalu, kita terlupa dan mungkin lalai dari perkara yang lebih utama dan lebih besar untuk kita sibukkan.
KENALI APA ITU KESIBUKAN
Subhanallah, di dalam surah Yassin, ayat ke 55 ada menyebutkan tentang kesibukan. Namun, kesibukan ini amatlah berbeza sekali fokusnya. Mari kita selidiki sedikit potongan ayat ini yang bermaksud;
Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu dalam kesibukan lagi sangat senang. Mereka bersama pasangan mereka berada dalam tempat yang teduh, Buat mereka disana ada buah-buahan dan buat mereka juga apa yang mereka minta...
Bezakan kesibukan di syurga dengan kesibukan di dunia? Ya! Sangat berbeza sama sekali. Kesibukan di syurga adalah kesibukan yang tiada penat lelah berbanding di dunia sehinggakan kita semakin sibuk semakin jauh dari tuhan. Antara faktor utama mengapa kita semakin hilang arah? Ini adalah kerana keletihan yang menguasai diri akibat dari kesibukan yang tidak dirancang dengan sempurna.
Menurut tafsir Al-Mishbah, perkataan 'syughul' diambil dari kata 'syaghala' yang pada mulanya bermaksud sesuatu yang menjadikan seseorang sibuk sehingga melalaikan dari aktiviti yang lain. Ibnu Abbas pula menerangkan bahawa, kesibukan penduduk syurga begitu dahsyat sekali sehingga membuatkan mereka terlupa dan lalai dari segala penderitaan yang sedang ditanggung oleh penduduk neraka!
Wow! Sangat dahsyat kesibukan penduduk syurga ini ya! Sehingga fokus mereka tidak lagi kepada aktiviti dan bentuk pemikiran yang lain.
Kembali kita di dunia ini. Apakah kesibukan kita sehingga membuatkan fokus kita lari dan lalai dari segala bentuk kenikmatan di syurga itu?
Marilah kita belajar untuk mula melepaskan atau let 'it' go for a while akan ketegangan dan kesibukan yang sebenarnya tidaklah sibuk pun. Mari kita belajar untuk meraih 'silence' agar kita mampu meletakkan semula fokus minda dan hati kita untuk melihat, apakah kesibukan yang sihat sehingga mampu membawa kita ke zon silence atau ketenangan hati tadi.
Mari kita belajar bersama-sama!
(bersambung)
No comments:
Post a Comment