Setiap hari, manusia pasti membuat pilihan dalam kehidupannya. Tidak kiralah samada pilihan itu besar atau kecil, jangka masa panjang atau pendek, manusia, harus memilihnya. Pilihan ini pula bergantung kepada polar pilihan itu sendiri samada baik di awal dan buruk dihujungnya atau disebaliknya. Kesimpulannya, bukankah kita ini sentiasa membuat pilihan dalam kehidupan? Persoalannya pula, adakah kita sedar dan mampu mengambil tanggungjawab atau 'responsibility' di atas setiap pilihan yang kita pilih itu? Inilah yang selalu menjadi dilema kepada kita sebagai insan di dunia ini.
Jika kita bercerita tentang pilihan, ramai dikalangan kita menganggap dan meletakkan jangkaan @ expectation yang jauh dari realiti. Apabila kita telah memilihnya, kemudian kita tidak memiliki atau menguasai apa yang kita jangkakan itu, maka kita mula menjadikan diri sendiri sebagai 'mangsa keadaan' atau kita mula berfikir,'ada orang atau benda lain yang harus dan patut aku salahkan' berbanding diri sendiri! Biasakan ini terjadi kepada kita? Apabila kita mula nampak atau mula rasa apa yang pernah kita pilih dahulu mula tersasar dari jangkaan, maka kita mula menjadi orang neurotik.
Kisah Si Pemilih Jalan
Bayangkan, pada satu hari, anda harus memilih salah satu jalan yang penting dalam kehidupan. Setelah memilih jalan A dan meninggalkan jalan B @ C, maka anda pun berasa gembira dan sangatlah gembira kerana berjaya memilih jalan tersebut setelah menempuhi pelbagai bentuk cabaran untuk memilih jalan itu. Kemudian, pelbagai bentuk jangkaan @ expectation positif terhadap perancangan itu telah dibayangkan, ditulis dan dikongsikan. Seterusnya, sepanjang perjalanan menerusi jalan A itu, anda mula berasa 'something @ some where wrong'. Bayangan jalan A yang dilalui semakin menjadi ilusi dengan wujudnya kegelapan, bentuk jalannya semakin rosak dan teruk, jalan terasa sempit dan pelbagai lagi ilusi itu diwujudkan sedangkan jalan A itu secara realiti dan hakikatnya baik-baik sahaja! Akhirnya, anda berhenti melangkah, duduk di pertengahan jalan A itu dan hanya fokus kepada kesusahan yang dirasakan. Malah, turut mewujudkan pula expectation negatif pada diri, orang disekitar dan persekitaran.
Biasa dengar situasi seperti ini? @ ia ada kaitan dengan kita hari ini? Atau sebagai contoh
i) Sebagai PELAJAR ~ Menyesal aku belajar kat kolej ini. Kalau aku tahu kolej ini teruk pengurusannya, aku daftar kat kolej lain!
ii) Sebagai PEKERJA ~ Menyesal aku kerja kat syarikat ini. Kalau aku tahu company ini tak bayar gaji tambahan untuk kerja lebih masa, aku tak kerja kat sini dulu!
iii) Sebagai PELANGGAN ~ Menyesal aku datang resort ini. Kalu aku tahu takda swimming pool, takdenya aku nak datang sini!
iv) Sebagai PESAKIT ~ Menyesal aku datang hospital ini. Kalau aku tahu lambat, aku tak datang hospital
ini!
v) Sebagai ISTERI/ SUAMI ~ Menyesal aku kahwin dengan engkau. Kalau aku tahu jadi macam ini, aku tak kahwin dengan engkau!
dan macam-macam lagi bahasa penyesalan.
Persoalannya, mengapa datangnya penyesalan selepas membuat pilihan? Jika situasi di atas, adakah kolej itu benar-benar membuatkan kita rasa menyesal? Kerja, resort, hospital atau suami atau isteri membuatkan kita menyesal? Adakah semua faktor itu membuatkan kita berasa kesal, kecewa, sedih atau kita mempunyai kekuatan dan kapasiti untuk tidak berasa apa yang dialami itu?
Kita ada ke kekuatan seperti itu?
Ada! Ia ada pada sudut pandang kita!
Signal Perubahan
Situasi seumpama ini sentiasa berlaku kepada kita sebagai manusia. Persoalannya, bagaimana untuk mengurus situasi agar kita menjadi lebih efektif. Satu hal yang penting untuk kita sedari dan fahami ialah, apabila kita berada di dalam situasi ini, kita tubuh badan yang penuh dengan fungsi bio-chemical functioning ini sedang memberikan responnya. Respon yang bagaimana? Respon yang memerlukan kita melakukan perubahan! CHANGE! Perubahan pada diri sendiri dan bukannya pada orang lain atau persekitaran kita.
Namun yang demikian, manusia sering berhadapan dengan persepsi masing-masing yang kadangkala kompleks dan unik. Ada manusia yang melihat gelas berisi setengah air mengatakan, gelas ini setengah kosong dan ada juga manusia mengatakan, gelas ini berisi setengah air! Pelik bukan? Gelas yang sama, tetapi persepsi yang berbeza! Persoalannya lagi, mengapa ada perbezaan? Ini adalah kerana respon pengalaman hidup yang berbeza.
Signal kepada perlunya perubahan adalah bermula dari diri kita sendiri. Ia bukanlah bermula dari orang lain atau persekitaran luar.
Otak Manusia
Manusia dianugerahkan otak yang amat berbeza fungsinya dengan makhluk yang lain di dunia ini. Antara fungsi otak manusia yang unik ialah pada fungsi otak limbik @ lymbic system. Fungsi otak ini berperanan dengan cara FIGHT, FLIGHT @ FREEZE. Malah otak ini lebih selesa mencari keselesaan atau ketenangan (pleasure) berbanding penderitaan dan kesengsaraan (pain). Namun, kadangkala, manusia lebih selesa hidup dengan kesengsaraan atau penderitaan dengan kadar yang lebih lama dan panjang dengan cara mengambil sudut pandang atau persepsi diri yang negatif!
Perubahan Sekarang!
Cerita tentang perubahan memang senang untuk ditulis berbanding dipraktikkan dalam kehidupan. Namun ia bukanlah sukar atau mustahil untuk dihidupkan. Cuma, ada beberapa undang-undang atau laws tertentu yang harus kita ambil sebagai langkah pertama kepada perubahan yang seterusnya.
Jika kita sudah faham dan sedar bahawa kita seperti berada di penghujung jalan A tadi, kemudian kita terduduk dan mula menyalahkan orang lain dan bukan diri sendiri, maka anjakan dalam berfikir perlu dilakukan terlebih dahulu. Undang-undang pertama yang harus kita mainkan ialah;
PERTAMA; wujudkan kesedaran diri yang berbeza ~ Einstain ada menyatakan; kita tidak mampu menyelesaikan masalah jika kita berada pada tahap yang sama sahaja ~ ertinya, kebanyakkan dari kita yang mempunyai minda yang sama paras berfikirnya sering tidak mahu sedar bahawa, dirinya juga adalah faktor pemicu kepada masalah yang timbul. Dirinya akan menyatakan benar dan orang lain adalah salah dan penyebab dirinya negatif. Kita harus bina kesedaran dengan berhenti berkata (stop saying) engkaulah puncanya! atau engkaulah yang membuatkan hidup aku berserabut! ~ STOP DOING THAT!~ Belajar berkata, aku adalah punca segalanya...Adakah benar situasi ini jika realitinya bukan kita penyebabnya? Alasannya ialah, kita harus berkata sedemikian kepada diri sendiri agar kita mampu belajar dengan upaya memberikan respon positif @ responsibility. Bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepada diri, emosi, spiritual atau apa sahaja yang berlaku adalah bermula pada diri sendiri dan bukan orang lain. Kesimpulannya, 'blame' harus kita tinggalkan tabiat ini selamanya! Ambillah keupayaan yang tinggi dengan bertanggungjawab sepenuhnya akan apa yang berlaku pada diri kita dan bukannya orang lain. Orang lain atau benda lain hanyalah faktor penyumbang dan bukannya alasan kepada apa yang berlaku. Sebagai contoh, 'kemuncuk' selalu melekat pada bahagian kaki seluar kita. Adakah kemuncuk itu harus kita salahkan kerana melekat pada seluar kita? Sudah tentu tidak. Kitalah yang melalui jalan yang penuh kemuncuk itu!
KEDUA; Wujudkan kesatuan dengan Allah swt ~ Apa maksud menyatu dengan Allah swt? Jangan pula kita bayangkan menyatu ini adalah menyatu dari sudut fizikal tetapi menyatu dengan Tuhan adalah hidup bersamaNya dengan menghidupkan semula ibadah yang sahih dan betul. Masalah yang timbul di muka bumi ini adalah kerana kita mula berpisah dari Tuhan. Mula menjauhi dari Tuhan secara perlahan-lahan dan senyap. Zikir, Al-Quran dan mungkin ibadah wajib, perlahan demi perlahan kita mula abaikan, ringankan dan akhirnya mula terasa berat dan malas untuk melakukannya. Akhirnya kita mula berpisah hidup dengan Tuhan secara total
No comments:
Post a Comment